it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Tuesday, February 14, 2012

jenis-jenis zina

assalamualaikum w.b.t

Dah lama dah x update blog ni...saya minta maaf sangat2 sbb sy terlalu sibuk dengan study..x sempat nak update blog ni...hm,,sy terjumpa artikel tentang jenis-jenis zina..jadi,saya ingin berkongsi dengan anda semua maklumat yang saya peroleh ini...

Zina itu memang ada berbagai rupa .

“ ZINA MATA “ apabila mata itu digunakan untuk melihat sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala . Contohnya : Melihat auirat orang lain .

“ ZINA TELINGA “ apabila telinga itu digunakan untuk mendengar sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : Mendengar lagu-lagu yang bertentangan dengan Islam . Mendengar umpatan dan carutan .

“ ZINA HIDUNG “ apabila hidung itu digunakan untuk mencium sesuatu yang diharamkan oleh Allah Ta’ala , contohnya “ Sengaja mencium bau wangi daripada wanita yang tidak halal untuk kita .

“ ZINA MULUT “ apabila mulut itu digunakan pada perkara yang tidak dibenarkan oleh Allah Ta’ala , contohnya : “ Menikmati makanan dan minuman yang dilarang “ .

“ ZINA TANGAN “ , apabila tangan digunakan untuk perbuatan maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) .Contohnya : “ Tikam “ nombor ekor ataupun meraba .

“ ZINA KAKI “ , apabila digunakan untuk maksiat ( menderhakai Allah Ta’ala ) , contohnya : “ Melangkah masuk ke pusat-pusat maksiat dengan niat untuk berbuat maksiat “ .

Dan tentulah zina – zina di atas TIDAK SAMA dengan ZINA yang disebabkan oleh PERSETUBUHAN HARAM ( wathie’ ) . Sebab :

( 1 ) ~ Zina disebabkan persetubuhan haram telah nyata hukumannya secara pasti ( qat’ie ) di dalam al-Quranul Karim dan Sunnah yang sahih . Walhal zina-zina jenis selainnya pula tidak dinyatakan apakah hukumannya melainkan ianya membawa dosa kepada si pelakunya .

( 2 ) ~ Zina-zina yang lain itu dinamakan sebagai zina dari sudut IANYA BERBUAT MAKSIAT . Akan tetapi tidak sama daripada sudut berat dan hukumannya . Zina yang dimaksudkan oleh syariat ( hukum Fiqh ) HANYALAH zina disebabkan persetubuhan haram . Sebab kalau tidak begitu , habislah kita semua dianggap penzina dan akan dikenakan hukuman hudud . 
so,renung-renungkanlah...