it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Thursday, October 20, 2011

lelaki dan perempuan



                Semalam sebelum aku tidur,aku terfikir salahkah seorang perempuan berkawan dengan seorang lelaki???Mengapa perempuan tidak boleh berkawan dengan lelaki???Aku mahu seseorang beritahu aku mengapa perempuan tidak boleh berkawan dengan lelaki???Siapa boleh beritahu aku jawapannya???
          
                Bagi aku,tak salah kalau perempuan nak berkawan dengan lelaki.Aku pun kawan dengan lelaki,aku ni seorang perempuan yang suka berkawan dengan lelaki.Aku ada ramai kawan lelaki berbanding dengan kawan perempuan.Aku suka lepak dengan budak-budak lelaki tapi Alhamdulillah,perangai dan cara pemakaian aku masih lagi seperti seorang perempuan.Aku tidak terpengaruh dengan cara hidup orang lelaki.Aku masih seorang perempuan.
            
               Aku juga menjaga batas pergaulan kami.Um,kawan aku pernah mengajukan satu soalan kepada aku iaitu jika seorang perempuan rapat dengan seorang lelaki,adakah mereka perlu/akan bercinta???Aku terus menjawab TIDAK!!!kerana tidak semestinya mereka akan bercinta contohnya macam aku,aku tidak pernah bercinta dengan kawan-kawan lelaki aku.Aku hanya menganggap mereka sebagai kawan dan adakalanya aku menganggap mereka sebagai abang dan adik aku.Ya,mungkin ada yang bercinta.Semuanya atas diri sendiri la,yang penting adalah aku bukan jenis macam itu.Aku berkawan bukan untuk bercinta.

             Ada juga sesetengah orang menganggap jika seorang perempuan rapat dengan seorang lelaki itu menandakan yang mereka sedang bercinta.Mereka tidak sepatutnya berfikiran sebegitu,mereka harus membuang andaian mereka tersebut.Ramai yang akan berfikiran negatif apabila melihat perempuan begitu rapat dengan lelaki kan??aku tahu semua itu kerana aku telah melaluinya tapi kenapa mereka harus berfikiran negatif terhadap kami???Kami hanyalah kawan,tidak lebih daripada itu.Kami selalu berkongsi masalah bersama-sama.Kami juga selalu berkongsi kesedihan dan kegembiraan bersama-sama,berkongsi pendapat.Dulu aku selalu study dengan kawan lelaki aku,tetapi sekarang kami dah tidak study bersama kerana takut menimbulkan fitnah dan sebagainya.




            Kawan aku banyak membantu aku,dia juga suka menasihati aku.Dia adalah seorang pendengar yang setia.Aku sayangkan kawan aku.Dia lebih tua daripada aku tetapi bagi aku umur tidak menjadi penghalang kepada kami untuk terus berkawan.Dia sangat memahami aku.Sudah hampir 3 tahun aku mengenali dia.Aku rasa bertuah kerana aku dapat mengenali dia,aku bahagia berkawan dengan dia.Dia lah kawan aku buat selama-lamanya….Aku berharap persahabatan kami akan kekal buat selama-lamanya…


No comments:

Post a Comment