it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Saturday, June 30, 2012

bila bosan melanda diri !~



Assalamualaikum wbt.

          Hari Jumaat lepas (kemarin),aku pergi family day sekolah mak aku kat pantai Melawi…boleh tahan best la juga..huhuhu…pada masa tu aku tak boleh buat apa2 sebab aku kena chicken pox ..waaa ! haru betul ! tapi aku redha je…sebab sakit kan salah satu daripada nikmat juga…(^_^)..

          Kemarin dan hari ni saya layan novel je kat tepi pantai…best betul la..huhuhu…tapi kalau asyik baca novel je bosan juga kan..so,macam ni la jadinya bila bosan dah melanda diri ini,,,hahaha …






~khas untuk dia~






~khas untuk cik far~




~khas untuk cik nik~






 
~conteng2~






p/s: something yang entah pape ! huhuhu...

Thursday, June 21, 2012

jual beli


Assalamualaikum wbt

        Dah lama tak meng-update blog ni…al-maklumlah,sekarang ni busy dengan study lorh !sekali sekale boleh la nak melawat blog ni…3 hari tak masuk kelas,banyak benda nak kena cover ni…

        Hari ni saya nak cerita sikit tentang jual beli...ni maklumat yang saya peroleh dari sumber internet ,saja je nak share2 dengan korang semua…”sharing is caring “...

 
Muamalat - Bab Jualbeli :-

1.     Jualbeli dari segi istilah bahasa ialah menukar sesuatu yang lain.Dari istilah syarak pula ialah menukar harta dengann mengikut cara-cara yang tertentu.

2.  Dalil-dalil harus dan halal jualbeli:

              i.        Firman Allah s.w.t yang bermaksud :-  “Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba.” (Surah Al-Baqarah:ayat 275)
            ii.        Firman Allah s.w.t yang bermaksud :- “Janganlah kamu makan harta yang ada di antara kamu dengan jalan batil melainkan dengan jalan jualbeli secara redha daripada engkau.: (Surah An-Nisaa’ :ayat 29)
           iii.        Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :- “Sesungguhnya jualbeli itu adalah lahir dari redha-meredhai.” (riwayat Ibnu Hibban)

3.  Hikmah diharuskan jualbeli :-

                      i.        Allah s.w.t telah menjadikan sifar semulajadi manusia yang memerlukan pertuakaran faedah harta di antara sesame manusia samada menerusi jualbeli,sewa-menyewa dan sebagainya.
                    ii.        Dengan adanya peraturan jualbeli ini maka akan terhindarlah kejadian rampas-merampas atau rompakan yang mana manusia ingin memiliki harta benda yang tiada padanya.
                   iii.        Berjualbeli adalah mengajar manusia supaya hidup bersatupadu dan hidup mengikut lunas undang-undang.

4.    Rukun jualbeli terbahagi kepada enam :-

                      i.        Penjual
                    ii.        Pembeli
                   iii.        Harga yang dibeli
                   iv.        Barang yang dijual
                     v.        Sighah (lafaz penjual)
                   vi.        Qabul (lafaz pembeli)

5.  Syarat-syarat penjual dan pembeli :-

                      i.        Baligh dan berakal
                    ii.        Tidak bankrap atau bodoh
                   iii.        Tidak dipaksa
                   iv.        Beragama islam
                     v.        Merdeka
                   vi.        Bukan berurusan dengan musih islam

6.  Syarat-syarat harga dan barang yang dijual :-

                      i.        Barang-barang itu mestilah suci dan bersih
                    ii.        Barang itu kepunyaan penjual itu sendiri atau wakil penjual
                   iii.        Menyerahkan barang kepada pembeli ketika melakukan akad jual beli. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :-    “dari abu hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah melarag dari menjual jualan secara tipu daya.”
                   iv.        Penjual dan pembeli mesti tahu tentang jenis,kadar dan sifat barang yang di jual

7.  Syarat-syarat Ijab (lafaz penjual) dan Qabul (lafaz pembeli)

                      i.        Tidak diselangi oleh perkataan yang lain ketika akad jualbeli
                    ii.        Tidak diselangi oleh diam yang lama di antara ijab dan Qabul
                   iii.        Bersamaan Ijab qabuk dari segi maknanya walaupun berlainan dari segi lafaznya
                   iv.        Tidak boleh dihadkan waktunya
                     v.        Tidak boleh bertakliq

8.    Apabila tidak cukup rukun dan syaratnya maka jualbeli tersebut adalah tidak sah

9.    Syarat membeli kitab suci Al-Quran dan kitab Al-Hadith itu hendaklah ia beragama Islam

10.            Beberapa persoalan melibatkan jualbeli :-


                      i.        tidak sah menjual binatang buas
                    ii.        tidak sah menjual sesuatu  najis yangtidak dapat disucikan
                   iii.        tidak sah menjual haeta benda yang telah digadaikan kepada orang lain melainkan dengan keizinan daripada orang yang memegang gadaian
 

Adab berjual beli :

1.     kita perlu mengambil kira keperluan,kehendak dan kemampuan sebelum membeli.
2.    Tidak digalakkan membeli ,terutama makanan ketika terlalu lapar hingga mengakibatkan kita membeli pelbagai jenis makanan.Ini kerana dikhuatiri akan berlaku pembaziran kerana terlalu banyak makanan.
3.    Sebaiknya dapatkan pandangan mereka yang arif mengenai sesuatu produk sebelum membelinya.
4.    Elakkan menipu dan menganiaya penjual seperti memberikan wang palsu dan menawarkan harga terlalu rendah sehingga menzalimi hak penjual.
5.    Bersikap jujur dan amanah ketika membeli.
6.    Mengutamakan urus niaga dengan orang Islam supaya kita dapat membantu sesame Umat kecuali apabila tiada pilihan.
7.    Pastikan barang yang hendak dibeli halal dan bermanfaat.
 
P/s : harap2 maklumat saya share ini dpt memberi faedah kpd kita semua (^_^)