it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Tuesday, October 30, 2012

malu oh malu ! ~


MANA YANG PATUT DIMALUKAN ??




Malu kerana berbaju kurung, berpakaian muslimah,
Atau malu berpakaian tidak menutup aurat?

Malu kerana tiada kekasih,
Atau malu ke hulu kehilir dengan yang tidak halal untukmu?

Malu kerana dikatakan alim,
Atau malu kerana dikatakan teruk?

Malu kerana dikatakan kuno disebabkan mengikut syariat Islam,
Atau malu kerana dikatakan lupa agama Allah?

Malu kerana menasihati ke arah kebaikan,
Atau malu mengajak kearah kemungkaran?

Malu kerana melakukan apa yang manusia tidak suka,
Atau malu melakukan apa yang Allah tidak suka?

MALU itu perlu..
tetapi letakkan malu itu DITEMPAT YANG SEBENARNYA..
malulah di hadapan Allah andai kita TIDAK MELAKSANAKAN apa yang diperintahnya, sedangkan kita MENIKMATI segala pemberianNya..
jadilah kita hambaNya yang tahu BERSYUKUR,
insyaAllah..




p/s : jom muhasabah diri !

Sunday, October 28, 2012

my little brother !~

Assalamualaikum wbt


        Amacam raya..???best tak..???harap2 best la yer ! hehehe…tadi saya  teman adik saya beli barang dia nak masuk asrama…al-maklum la,cuti dah habis..petang ni dia masuk asrama dah…kesian dia…hihihi….


 
 (Cute tak saya ?! hihihi:-p)


        Masa jalan2 kat pasar tadi,saya ternampak baju red warriors…tiba2 pula teringat dekat adik kecil yang tak berapa kecil saya tu,dia ni peminat bola  & dia minat Khairul Fahmi,penjaga gol Kelantan terr !!! huhuhu…saya tanya la pak cik tu,berapa harga baju tu,pak cik tu pun cakap la RM 45,kalau kat KL RM60…mahal terr ! tawar punya tawar dapat la RM 40…okey la,kesian juga kat pak cik tu…

        Balik rumah tu,tunjuk la kat dia…adik yang perempuan pula dah jeles,nak juga baju macam abang dia…adesss !~ nasib baik la adik saya yang lelaki tu pandai pujuk dia…dia cakap nak beli baju kat KB…lantak dia la ! dia yang janji dengan budak tu…den tak ada duit dah ! dapat beli sebuah novel jer !tak pela,demi adik tercinta…huhuhu..


 
 (Novel yang paling tebal yang pernah saya ada !!!)


#saja je dok membebel sorang2…bosan lorh !huhuhu

Saturday, October 27, 2012

Salam Aidiladha !



Assalamualaikum wbt

  (at rumah my atok ! hehehe)

        Salam Aidiladha all ! hehehe…bila tiba Aidiladha,hari2 menu kita wajib ada daging lembu kan..???hihihi…biasa la tu ! hurm,,seriously Aidiladha tahun ni berbeza sangat2 dengan Aidiladha tahun2 sebelum ni…tak tahu la apa yang buat saya rasa berbeza sangat2…huh ! 

        Time2 raya macam ni la tetibe jadi sebak..apa nak jadi la dengan saya ni…mudah sangat menitiskan airmata…betul la kata orang,kita boleh berpura2 kuat di depan orang lain tapi kita tak boleh berpura2 dengan diri kita sendiri…sekuat dan setabah mana pun seseorang itu, bila dia ada masalah,resah dan sebagainya dia pasti akan mengalirkan airmata jua …

        Kadang2 kita berlagak happy depan orang lain,padahal dalam hati dan jiwa kita hanya Allah saja yang tahu…kadang2 kita berlagak happy depan orang lain sebab tak nak diorang dapat kesan kesedihan kita…kadang2 kita cuba buat orang lain happy,sedangkan pada ketika itu kita sendiri dalam kesedihan di tahap kritikal….kadang2 kita sanggup korbankan masa kita untuk dengar luahan hati diorang,walaupun kita sendiri pun ada masalah besar…

#ah ! sudah lah…dah keluar topik sudah ! hihihihi…biasa la,kalau dah mood dia dah mai,macam ni la jadinya ! cukup2 la dulu yer…huhuhu…