it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, September 28, 2012

::bicara hati:: rindukan dia~


Assalamualaikum wbt

 

        Entah mengapa kenangan lama kembali bertandang difikiran ku ini…entah mengapa aku harus mengingati dirimu lagi…entah mengapa wujud satu perasaan rindu terhadap dirimu…cerita tentang kita telah lama tamat,dah hampir 3 tahun sudah…seksanya hati ini…

        Okeys,aku mengaku…dulu,memang aku pernah jatuh cinta dengan seorang mamat dari kedah…dia la first love aku…tak kesah la orang nak cakap yang tu hanya “cinta monyet”…yang penting masa tu aku sayang dia sangat2 dan aku rasa satu perasaan yang tak pernah aku rasai sebelum ini dan juga sekarang…tapi…kisah tu dah lama tamat sejak aku sendiri yang putuskan hubungan tu…sebab apa??? Tu biar lah rahsia…

        Memang tak dapat nak nafikan yang aku memang sayangkan dia sangat2…sejujurnya,aku memang menyesal sebab dah tinggalkan dia suatu ketika dahulu..masa tu aku terburu-buru membuat keputusan…tipu la kalau aku cakap aku tak nangis walaupun aku sendiri yang putuskan..aku terpaksa lakukannya… dia memang baik dengan aku…mak dia pun aku kenal…lepas aku minta putus tu , aku dengan dia terus lost contact…myspace dia pun dah lama dia tak buka..last dia buka 27sept2009 (12.04AM)…

“ awak,saya minta maaf sangat2 , saya tahu saya bersalah dengan awak…awak terlalu baik dengan saya…hampir tiap2 hari saya jenguk myspace awak walaupun saya tahu yang awak mungkin tak akan buka myspace tu lagi…saya dah try jejak awak dekat facebook,tapi saya tak jumpa…contact number awak pun saya simpan lagi awak..saya dah try contact..tapi tak dapat…hurmm,tak pela ,mungkin itu yang terbaik untuk kita…mungkin juga pada hari ini awak dah tinggalkan dunia ini,dah tinggalkan semua kenangan kita…kalau semua tu berlaku kerana saya,saya minta maaf sangat2 awak..saya tak kan dapat maafkan diri saya sendiri…saya betul2 minta maaf awak..saya rindukan kenangan sewaktu kita bersama…saya……rindukan awak”

p/s: andai kau pergi dulu sebelum ku,aku akan berdoa semoga roh mu tenang di sana dan aku harus akur dengan ketentuan Ilahi…andai aku pergi dulu sebelum mu,jangan tangisi pemergianku tetapi tolong doakan kesejahteraanku disana kelak…

 

Thursday, September 27, 2012

seksa meninggalkan solat

Assalamualaikum wbt

6 SEKSAAN DI DUNIA
•Allah mengurangkan berkat umurnya
•Allah tidak mempermudahkan rezekinya di dunia

•Allah menghilangkan tanda atau cahaya soleh dari raut wajahnya
•Ia tidak akan mempunyai tempat di dalam Islam
•Amal kebajikan yang dilakukannya tidak mendapat pahala
•Allah tidak menerima doanya

3 SEKSAAN KETIKA MENGHADAPI MATI

•Orang itu akan menghadapi mati dalam keadaan yang hina
•Mati dalam keadaan yang sangat lapar
•Mati dalam keadaan yang amat mendahagakan walaupun diberi minum dengan banyaknya

3 SEKSAAN SEWAKTU DALAM KUBUR

•Allah akan menyempit kuburnya dengan sesempit sempitnya
•Allah akan menggelapkan kuburnya
•Allah akan menyeksanya sehingga hari kiamat

3 SEKSAAN KETIKA BERTEMU ALLAH

•Di hari Kiamat ia akan dibelenggu oleh malaikat
•Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan yang belas ihsan
•Allah tidak akan mengampunkan dosa-dosanya dan orang-orang yang meninggalkan sembahyang akan diazab di dalam Neraka dengan azab yang keras

DOSA DAN BALASAN MENINGGALKAN SEMBAHYANG LIMA WAKTU

SUBUH – Sekali meninggalkannya dimasukkan ke dalam Neraka selama 30 tahun di Akhirat (bersamaan 60000 tahun di dunia)

ZOHOR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1000 umat Islam

ASAR – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuh Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram, Mekah)

MAGHRIB – Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri

ISYAK – Sekali meninggalkannya Allah tidak reda orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmatnya.


Saturday, September 15, 2012

sekali kena terus serik dah! ~



Assalamualaikum wbt

        Hari ni saya pergi ke bandar…keluar dengan member la..keluar pun bukan buat apa pun jalan2 pergi cari hadiah untuk cikgu..cikgu math moden kitaorang yang akan berpindah ke sekolah baru dan juga untuk guru kelas kitaorang (umi),esok dah birthday umi tu tapi esok kan cuti..so,kitaorang buat keputusan untuk sambut birthday umi tu lusa (isnin) sambil2 tu cari hadiah untuk my bff,birthday dia tak lama dah,,lagi seminggu…hehehe..

        Ada seorang penjual tu memang saya amat puas hati la dengan layanan yang dia beri pada saya sebagai customer…penjual tu lelaki so saya panggil dia abang la..sebab dia tu lebih tua pada saya(sebagai tanda hormat)…dia tu pandai bergurau dan pandai ambil hati customer..part tu memang best..hehehe…especially yang bab2 tawar harga..tu part yang paling saya suka…hihihi…

        Tapi kan,ada satu kedai tu..kitaorang singgah la kejap..nak cari barang..dah alang2 dah keluar cari jela barang yang kita nak beli…hurmm,,,kita ni dok happy memilih ni tetiba je muncul seorang penjual tu…nak kata dia marah2 tu tak la…tapi nada dia bercakap tu ala2 macam nak marah la..macam tak tahu nak cakap elok2 je…cakap la biar sopan sikit,biar ada adab walaupun kitaorang ni lebih muda dari diorang… “ customer always right” ..memang betul2 terasa hati la kan…mood nak membeli pun terus hilang macam tu je…kalau ikut kan hati tadi,memang dah lama dah saya blah..tapi saya fikir juga perasaan dia tu…

        kalau nak dibandingkan dengan layanan yang abang penjual tadi tu memang baik abang tu la..lebih sopan dari dia…memang saya jadi serik la nak masuk kedai tu la…kalau betul2 terdesak baru saya akan pergi kedai tu kot…zaman sekarang ni memang susah nak jumpa penjual yang tahu beradap dan layan customer dengan baik…kalau lah semua pekerja macam akak kat kedai tu tadi…alamak , memang tak laku la kedai tu…kesian….

Wednesday, September 12, 2012

playboy/playgirl



Assalamualaikum wbt


        Lama sudah saya tak jenguk dan update blog ini kerana kekangan masa…sejak akhir2 ni busy sikit,banyak kerja perlu disiapkan..tak sempat nak update blog…okeys,hari ini saya nak cerita la serba sedikit pasal playboy/playgirl…apa pandangan korang semua tentang playboy/playgirl ni???

        Pada zaman sekarang ni memang susah nak cari pasangan yang betul2 setia kan? Ramai masyarakat di sekeliling kita ni jenis playboy/playgirl…saya betul2 tak suka golongan ini atau lebih tepat lagi saya sangat2  bencikan mereka…why? Sebab mereka telah mempermainkan perasaan orang dan tahu nak menghargai perasaan orang lain…



        Macam mana jenis playboy/playgirl ni boleh wujud??? Biasanya kerana mereka pernah terluka sangat2 dan berdendam…ada juga yang jenis terlalu excited atau jenis yang terkena kejutan budaya (lebih kurang la)…sebab apa,???sebabnya mungkin dulu dia tak pandai bergaya/ make-up dan tak hensem/jelita atau menawan sangat dan disebabkan itu tak ada orang yang terpikat kat dia…sekarang ni dia dah pandai dah bergaya/ make-up or whatever la..kira dah hensem/cantik lah kan?? So,ramai la terpikat/try pikat dia…dia pun apa lagi..teruja la sangat2…bila dah teruja sangat tu yang ramai jadi playboy/playgirl… (mungkin diorang ada sebab tersendiri juga kot,ni hanya pandangan saya sahaja)

        Tapi ada juga jenis playboy/playgirl yang boleh dikategorikan dalam playboy/playgirl yang jenis bodoh (sorry la,agak kasar bahasa ini..tapi begitulah kenyataannya)..bodoh sebab apa???sebab bila mereka dapat tahu ada diantara pasangan2 mereka tu curang or mempermainkan perasaan mereka,mereka akan marah2, bersedih,kecewa dan sebagainya la…ada ke patut macam tu???kalau kita ni seorang playboy/playgirl , buat apa kita nak sakit hati dan sedih bila orang permainkan perasaan kita atau gf/bf kita ada pasangan lain sedangkan kita sendiri pun macam tu juga...so, tak perlu la nak nangis2 atau marah2 bila gf/bf permainkan perasaan korang atau tinggalkan korang kalau korang tu playboy/playgirl...sepatutnya korang rilex jela kan..sebab korang sendiri pun sama je dengan dia..seorang pergi,yang lain masih ada…

Hmm,saya  sendiri pun tak faham juga dengan playboy/playgirl ni,,,apa motif diorang jadi macam tu..???yang lelaki(playboy) ni okey la sikit bagi saya sebab lelaki kan boleh kawin 4 kalau dia mampu...perempuan (playgirl) ni pula macam mana??? perempuan kan hanya boleh kawin 1 je kan...???kalau ada ramai bf,nanti nak kawin esok2 sakit kepala duk fikir nak pilih yang mana satu nak dijadikan suami…huhuhu…
~JANGAN PERMAINKAN PERASAAN ORANG LAIN~
~BELAJARLAH UNTUK SETIA~

#IREALLYHATEPLAYBOY&PLAYGIRL#
--->maaf kalau ada yang terasa...semua ni sekadar pendapat dan pandangan saya tentang playboy/playgirl sahaja…