it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, January 31, 2014

tak kenal maka tak cinta

Assalamualaikum wbt.

Siapa cakap PLKN tak best ? best apa dapat pergi PLKN...dapat kenal ramai kawan berlainan agama dan bangsa..kat sana juga kita dapat cari pengalaman...aktiviti kat sana tak kurang menariknya...kalau aku, aku suka kawad.. hee :D ..walaupun terpaksa ‘burn’ kan kulit ni , aku tetap suka kawad..kawad boleh membentuk disiplin diri..dalam kawad juga kenalah ada kerjasama, kalau tak memang tak menjadilah kawad tu..

     Masa mama dan abah aku hantar aku naik bas nak pergi PLKN tu sebenarnya aku tak ada rasa apa2 pun, excited pun tak , rasa tak nak pergi pun tak..aku diibaratkan tak ada perasaan pun masa tu..Dan memang tak dapat dinafikanlah masa first day duduk kat sana memang aku rasa macam nak balik je tapi tak ada la sampai menangis tak berlagu tu..aku rasa macam boring je duduk kat situ, rasa macam duduk dalam penjara *walaupun tak pernah duduk dalam penjara* , rasa macam sepi  tak ada kawan.. kat sana pula ada banyak kera, kadang2 rasa macam duduk dekat perkampungan kera pun ada..huhuhu ..tapi semua tu sementara je…

Setelah tak sampai 3 minggu pun aku duduk kat sana, aku rasa seronok.. aku dapat ramai kawan ,melayu, cina, india semua ada…kami dah macam keluarga..makan , tidur bersama-sama..pernah suatu hari aku bangun untuk bersiap2 nak solat subuh berjemaah,masa tu jam menunjukkan pukul 4.30 pagi..aku bangun dan terus kejutkan kawan sebelah katil aku.. “Laici,bangunlah..jom pergi mandi siap2 nak solat subuh” .. dia pun bangun dengan mamainya dan terpinga2 bila aku ajak dia siap2 solat subuh… baru aku perasan yang dia tu non muslim patutlah dia terpinga2 pun..lepas tu aku minta maaf dan tidurkan dia semula..rasa macam jahat pun ada juga kacau orang tidur..

 Kenangan yang paling tak dapat aku lupakan ialah masa birthday aku… Aku tak sangka walaupun kami baru je berkenalan mereka tahu birthday aku dan mereka ingat... Mula2 memang la aku rasa sedih sebab setiap tahun mesti aku sambut dengan family dan kawan2 tapi tahun ni berbeza sedikit..sesuatu yang tak dijangka berlaku, diorang semua nyanyikan lagu happy birthday dalam 5 versi kat padang kawad.. lepas tu aku masuk kelas…cikgu pun tanya la “ Siapa Nur Hanani? Sila ke depan” .. then cikgu pun announce la yang hari tu hari jadi aku and budak2 dalam kelas aku pun nyanyi untuk aku.. kebetulan hari tu kumpulan kecil aku menang pertandingan hidangan makanan..memang bertuah sungguh aku hari tu..petang tu pula aku main tangki bocor dan sky rescue..best sangat2.. terima kasih semua..sayang korang..hehehe..

Kalau nak cerita pasal pengalaman kat sana memang banyak lah..aku yang dulu takut untuk tampil ke hadapan, sekarang aku dah boleh lawan rasa takut tu walaupun tak sepenuhnya… aku dah boleh tampil bercakap di hadapan orang ramai, aku boleh kemukakan pandangan dan cadangan aku tanpa segan silu..banyak perkara yang belajar kat sana..kawan2 pun banyak memberi dorongan dan sokongan kepada aku..





....this is my new friend and new family....


~ kalau kita set dalam fikiran kita benda yang negative , kita tidak akan rasa keseronokan berada di PLKN~

~cuba lah buka minda anda dan ubah pemikiran kita…set benda yang positif, insyaAllah kita akan rasa keseronokannya~ 

~tak kenal maka tak cinta~

No comments:

Post a Comment