it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Saturday, June 20, 2015

kehidupan

Assalamualaikum w.b.t

Aku amat pasti dan yakin bahawa semua orang mempunyai impian masing-masing dan salah satu impian kita semua ialah memiliki kehidupan yang bahagia. Ya, sudah pasti kerana tiada siapa yang tidak inginkan bahagia. Tapi kita harus ingat bahawa tak semua impian yang kita impikan itu akan tercapai dalam masa yang singkat. Ia mungkin mengambil masa yang amat panjang dan mungkin jua ia langsung tidak akan tercapai. Aku selalu pegang ungkapan ini dalam kehidupan aku “ Tak salah kita nak berharap tetapi jangan letak harapan tu terlalu tinggi kerana kita akan  rasa sakit apabila harapan kita tu tidak tercapai.” Sama sahaja dengan impian. Tak salah kita nak impikan sesuatu. Tetapi jangan terlalu berharap bahawa apa yang kita impikan itu kita akan perolehi. Hidup tak semudah yang kita sangkakan.

Perjalanan hidup kita semua adalah berbeza. Mungkin ada yang sama. Melalui perjalanan hidup yang kita tempuhi itu lah memberikan kita pengalaman ,iktibar , kekuatan dan sebagainya. Perjalanan hidup aku yang berliku-liku telah memberi aku banyak impak sama ada baik dan sebaliknya. Banyak yang dapat aku pelajari dari pengalaman hidup aku.  Antaranya ialah menjadikan aku seorang yang tabah,tegas dan sebagainya. Dan oleh kerana terlalu banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku menyebabkan aku kadang-kadang keliru, tertekan,menyendiri dan sebagainya.


Hanya sedikit sahaja kesilapan yang kita lakukan ,ia akan memberi impak dalam kehidupan kita. Itulah yang  dinamakan kehidupan. Sedikit sahaja perubahan yang kita lakukan ,ia akan memberi kesan kepada kehidupan kita samada ia kesan yang baik ataupun sebaliknya serta kesan yang besar ataupun kecil sahaja . Ia bergantung kepada apa yang kita lakukan dan cara kita mengawalnya. Dan perkara ini berlaku dalam kehidupan aku sendiri. Hanya sedikit perubahan yang dilakukan , Ia memberi impak yang besar dalam hidup aku. Mungkin aku boleh katakan bahawa kehidupan aku berubah lebih kurang 85% .  Andai sahaja aku mampu mengundur masa, pasti sahaja aku lakukan. Aku amat merindui kehidupan aku yang dahulu. Aku sedar bahawa hendak ataupun tak hendak, aku tetap kena tempuhi jalan yang aku telah pilih. Hidup perlu diteruskan walaupun perit menimpa diri. Just believe that Allah will always be with us. Aku harap suatu hari nanti aku akan perolehi apa yang aku impikan dan tak lupa juga buat korang semua. Semoga suatu hari nanti kita semua akan perolehi apa yang kita impikan.

3 comments: