it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, March 16, 2012

binatang apa ni???




Sekali tengok nampak macam ular kan???tapi nampak je macam ular…tu bukan ular la,,,tu mengkarung…okey guys ! hari ni saya nak bincang tentang mengkarung… mengkarung ialah nama sejenis binatang seperti cicak tetapi lebih besar dan biasanya berwarna hijau,perang atau kelabu serta bersisik badannya…tu berdasarkan maklumat yang saya dapat dari internet la…kalau kita perhatikan elok-elok,mengkarung ada kaki…tapi ular mana ada kaki kan???huhuhu
                Saya jadi berminat nak tahu pasal mengkarung ni kerana ada sesuatu terjadi petang kemarin…al-kisah nya macam ni,,,saya berjalan2 kat kawasan rumah saya…lepas tu saya ternampak la sesuatu yang cute sangat bagi saya kat tepi longkang…saya tolak la benda tu ,ingatkan tali ke apa ke…tiba2 benda tu bergerak,,terkejut juga saya…saya terus panggil kakak saya…saya tanya dia “ape tu??nampak macam ular”..kakak saya pun terus ambil sesuatu nak pukul dia la..pukul punyer,mampus la binatang tu…lepas tu,abah dating dia tanya kami “ada apa bising2 ni?” saya dan kakak saya jawab la “ada anak ular abah,kitaorang dah pukul dia sampai mati” abah pun cakap la “tengok elok2,kang tak pasal2 bunuh mengkarung pulak..sebab hari tu abah ada nampak mengkarung seekor kat kawasan tu”
                Masa abah cakap macam tu , rasa macam nak tercabut jantung ni..terkejut la ! kitaorang mana tahu yang tu mengkarung…nak nangis pun ada masa tu tahu x?! saya rasa bersalah pula bunuh binatang tu…dah la cute…menyesal tu..tapi orang cakap menyesal kemudian hari dah xberguna…saya xdapat tidur semalam pun mungkin sebab saya terlalu fikirkan pasal tu kot…macam mana saya tak kata yang dia tu anak ular…dia jalan macam ular…dah la tak nampak kaki dia…dah la saya ni anti-ular..trauma tahap kritikal dah dengan ular…*ada la cerita disebaliknya*
                Sekian sahaja cerita tentang mengkarung ni,kalau ada sesiapa yang ada maklumat tentang mengkarung ni..share2 la ep..~sharing is caring~ J

1 comment:

  1. Itu ular dalam tiktok ada orang kata kalau mimpi ular ada kaki ada maksudnya

    ReplyDelete