it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Thursday, March 22, 2012

masihkah kau ingat???


Masihkah kau ingat saat pertama kali kita bertemu???kita bertemu di SMKDMPR(2) dan pada ketika itu kita berumur 13 tahun(2009)..kita sama2 duk di kelas kedua…pada masa itu saya dilantik sebagai penolong…awak seorang pendiam pada ketika itu..tapi saya duduk dalam kelas tu xlama pun,sekejap sahaja,,,hanya dalam 2 bulan (lebih kurang la) kerana saya terpaksa naik kelas kerana kelas yang pertama xcukup pelajar…walaupun kita tidak sekelas,,kita tetap bertegur sapa…kita memang xrapat sangat dulu…pada suatu hari tu awak datang ke rumah saya…saya masih ingat jelingan tajam abang saya ketika awak datang ke rumah saya untuk berjumpa saya semata2 nak tanya pasal peperiksaan…awak tahu tak yang awak merupakan lelaki pertama (kawan lelaki saya) yang berani datang ke rumah saya…awak memang berani la ! saya kagum dengan awak…hmm,,,tak lama lepas itu awak berpindah ke sekolah lain…sebab apa pun saya xtahu,,maybe sebab mak awak yang suruh..its okay !

Kita berjumpa kembali pada tahun 2010,,,pada ketika itu umur kita 14 tahun dah…lama dah xjumpa awak…terkejut juga masa jumpa awak buat pertama kali setelah lama tidak berjumpa…awak semakin kurus…awak bercerita kepada saya tentang keadaan di sekolah awak…awak juga mengadu pada saya yang awak nak kembali ke sekolah lama awak,iaitu SMKDMPR(2)…akhirnya awak pindah juga ke sekolah tu…saya happy sangat tengok awak kembali ke sekolah tu…



            Awak beritahu saya yang awak dan abang awak bekerja di salah sebuah kedai makan di Tanah Merah…awak tak pernah cakap pada saya kat mana kedai tu…pada suatu hari,ketika awak on the way balik dari kerja,,,hujan turun dengan lebatnya…awak dan abang awak pergi kerja dengan motor dan pada ketika juga awak x bawa payung bersama awak * tu la,lainkali bawa la payung k awak,,sediakan payung sebelum hujan…*kebetulan pada ketika itu saya sedang membantu ayah saya tutup kedai…awak dan abang awak memang bernasib baik pada hari tu…awak break di depan kedai saya dan meminta izin untuk berteduh sebab hujan lebat sangat…rumah awak dekat je dengan rumah saya…Pada ketika itu lah hubungan kita menjadi semakin rapat…baru lah saya tahu yang awak ni bukan seorang pendiam sebenarnya…awak pandai buat lawak,awak ni banyak cakap juga,,,sama macam saya..huhuhu…pada pada saat itu juga saya mula mengenali abang awak…saya tidak akan pernah lupakan peristiwa itu…

Pejam celik pejam celik,,,kita telah melangkah ke tingkatan 3…tahun ini kita akan menduduki Peperiksaan Menengah Rendah (PMR)…saya mengambil 9 subjek iaitu bahasa melayu,bahasa inggeris,matematik,sejarah,geografi,sains,pendidikan islam,kemahiran hidup(PK) dan bahasa arab..manakala awak pula mengambil 8 subjek sahaja iaitu bahasa melayu,bahasa inggeris,matematik,sejarah,geografi,sains,pendidikan islam dan kemahiran hidup(PK)…pada tahun ini,kita jarang bertegur sapa kerana masing2 sibuk membuat persiapan untuk menghadapi PMR…semua orang menginginkan kejayaan yang cemerlang,jika kita ingin cemerlang kita haruslah berusaha dengan bersungguh2…setiap hari saya akan menghadiri kelas tambahan begitu juga dengan awak…yang sebenarnya saya telah mula menghadiri kelas tambahan pada akhir tahun 2010 lagi…saya dan orang2 yang terpilih telah menghadiri kelas tambahan awal sebulan dari pelajar2 yang lain *kalau xsilap saya la*

Jadual saya memang padat pada tahun tersebut…sesi pembelajaran di sekolah tamat pada pukul 2…pada pukul 2 kami terus sambung kelas tambahan sampai pukul 4 *lebih kurang la *..selepas itu kami akan menghadiri kelas tambahan malam pada pukul 8.30 p.m  sehingga pukul 10.30p.m….begitulah runtin harian kami semua…kadang2 time cuti hari jumaat dan sabtu pun kitaorang ada kelas tambahan…jika ada masa terluang saya akan buat study group dengan awak kan???sebab awak minta saya ajar awak matematik…yang saya lucu sekalinya masa abang awak minta saya ajar dia pecahan tu…dia cakap lepas dia faham,dia nak ajar awak…

Pada suatu hari,ayah saya jatuh sakit..dia xboleh bangun…xada orang yang boleh hantar saya ke sekolah…awak mengajak saya tumpang kereta awak..mula2 saya malu juga sebab semuanya lelaki..saya seorang je perempuan…tapi lama2 okey dah…ayah dan mak awak memang baik sangat dengan saya…saya pergi ke sekolah dengan awak hanya untuk beberapa bulan sahaja…setelah ayah saya pulih,dia la yang menghantar saya ke sekolah…saya betul2 rindukan saat itu…saya masih ingat lagi,setiap petang awak pasti akan ke kedai saya untuk study bersama2 saya…tetapi oleh kerana ada orang jealous dengan kita,,,kita tak buat dah study group tu…kita tak nak orang lain buruk sangka dengan kita…

Selepas beberapa minggu,awak berubah…awak mula menampakkan sikap negative…awak nampak macam dah tak nak kawan dengan saya dah…saya pun xtahu kenapa…mungkin saya ada buat silap dengan awak *mungkin ketika itu saya xperasaan*…saya minta maaf banyak2 awak kalau saya ada buat salah pada awak…maafkan saya erk…itu la ayat yang saya selalu katakan pada awak setiap kali kita bergaduh…saya sering memujuk awak supaya meneruskan persahabatan yang telah lama kita jalinkan itu…akhirnya awak akur juga…Alhamdulillah…saya bersyukur sangat2 awak…

Beberapa bulan kemudian,awak menghantar mesej kepada saya untuk memberitahu saya bahawa awak ingin memutuskan persahabatan kita itu…saya sangat kecewa dan sedih dengan awak…saya sendiri xtahu apa salah saya pada awak sampai awak sanggup buat saya begini…hati saya hancur gara2 awak…walaubagaimanapun,saya tetap berusaha mempertahankan persahabatan kita yang telah lama terjalin itu…tetapi awak degil,hati awak keras…awak tetap berkeras ingin memutuskan persahabatan kita itu…akhirnya saya akur saja dengan keputusan awak…apa lagi yang mampu saya buat untuk mempertahankan persahabatan kita itu…dah banyak benda dah saya buat tapi semua tu xmemberi kesan apa2 pun pada awak…hmm,,,saya berharap suatu hari nanti persahabatan kita akan kembali terjalin…awak pernah berjanji kepada saya yang awak tak akan putuskan persahabatan kita walau apapun terjadi…tetapi dimanakah janji awak???janji hanya tinggal janji…wahai sahabatku,saya akan terus menunggu awak dan saya tak akan pernah menganggap bahawa persahabatan kita telah putus…kita tetap sahabat walau apapun terjadi…i miss you a lot my friend !!!

p/s: cerita di atas hanya rekaan semata2...hehehe...i love you Nurul Farhanah bt Zakaria & Nik Haizam bt Nik Mat... thanks kerana sudi jadi kawan saya dan selalu beri nasihat yang berguna kepada saya...you're my friends !!!


No comments:

Post a Comment