it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya & selamat pulang ke kampung !


Assalamualaikum wbt

 
(We will going to miss our guest...Ramadhan Al-Kareem!)


          Korang semua dah beli belum baju raya ni??? Ramadhan dah nak tiba ke penghujungnya dah,Syawal kian menjelma…huhu…sesiapa yang masih belum beli lagi tu,pergi la beli…kang tak pasal2 ada yang nangis di pagi raya sebab tak ada baju raya…hihihi…hmm,kuih pula macam mana?dah buat or dah beli belum??tak apa , masih ada waktu lagi ni nak buat persiapan..

          Tahun ni saya tak buat sesuci dalam debu kot…busy kemas rumah…tak larat dah nak buat kuih ke apa…hidang kuih tunjuk je la tahun ni…huhuhu…kawan2 pula duk minta resepi nak buat sesuci dalam debu…saya bagi jela,,sebab orang kata,,tak baik kedekut ilmu..hihihi…ni pun saya belajar dengan mak saya juga..thanks mom ! I love you so much ! 
 

          Walaupun raya masih belom tiba lagi,, ,saya tetap nak ucap selamat hari raya,,maaf zahir dan batin..takut tak sempat je..lagipun time raya ni biasanya line busy…bukan setakat line yang busy,,tuan punya badan ni pun busy juga…huhuhu… saya nak minta maaf banyak2 pada anda semua andai saya ada terkasar bahasa , andai anda terasa dengan post2 saya dan sebagainya… maafkanlah saya... sesungguhnya saya juga seorang manusia yang lemah seperti anda semua yang tak akan lari dari melakukan kesalahan gak…tiada manusia yang sempurna di dunia ini kan..???

  
(fuyooo ! banyak nya kereta ! hehehe..hati2 ye semua.. semoga anda tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat..Amin)


          Kepada yang baru nak balik kampung tu,hati2..bawa kereta elok2..kalau rasa mengantuk berhenti la dulu dekat R&R ke apa ke…jangan paksa sangat diri tu…”ingat lah orang yang tersayang”…hehehe…abang sulong saya balik hari Jumaat ni,lepas berbuka puasa…kesian kat dia…dah nak raya tapi masih kerja…nasib baik boleh cuti time raya ni..kalau tak,raya kat sana sorang2 jela…jumpa kat rumah ye abang ! jangan lupa bagi duit raya tau!:-p





p/s: ingat JANGAN MAIN MERCUN ! main bunga api sudah lah…huhuhu..kang tak pasal2 hilang jari…orang dok sambut hari raya kita dok dalam hospital …

Saturday, August 11, 2012

jiwa kacauww !

Assalamualaikum wbt



          Mengapa harus ada rindu bila tak sayang? mengapa harus ada cemburu bila tak cinta? Bila aku tak dengar suara dia,aku jadi rindu…bila aku tahu dia dah mula berkenalan dengan member aku , aku jadi serba tak kena..senang citer ,aku cemburu…perasaan ini amat sukar untuk ditafsir…OME!!! aku sendiri pun tak tahu  apa nak jadi dengan aku ni…it’s very complicated bagi aku…


 

Dia tahu macam mana nak buat aku ketawa bila aku sedih…dia suka menyanyi,dia baik walaupun dia tak hensem,dia selalu jadi pendengar setia aku walaupun aku asyik membebel entah pape dan dia….... oh,mengapa kau terlalu baik dengan aku??? Mengapa kau ganggu hati aku??? AAARRRGGGHHHHH!!!! TIDAK!!!!!! tak boleh jadi ni…aku tak boleh sayang dia lebih daripada kawan ! he is my friend , best friend forever ! kena tanam betul2 dalam kepala ni!haish !!! perasaan ini tak patut wujud dalam hati aku !

Thursday, August 9, 2012

dugaan dari ilahi




terdiam dan aku terpaku,
pada kehidupan yang ditempuh,
kesemua jalan telah terlanjur,
tetapi belum ada yang kutemu,
siang dan malam aku bertanya,
pada diriku yang tidak bermaya,
siapakah yang sudi untuk bersama,
menjalankan kehidupan yang melara,

mengapakah.....
derita harus melanda,
dalam hidupku,
mengapa sengsara harus ku alami,
haruskah aku,
tempuhinya dengan rela hati,
dengan cabaran dan kehidupan yang hitam,

tak akan ku kejar.....


walaupun ini semua cabaran,
dengan dugaan dari ilahi,
takakan ku putus asa pun,
dan tetap ku berdiri selama ini,

dan tetap ku berdiri selama ini....


erm actually yang atas ni adalah sebuah lagu...and i love the lyrics...tak tahu lah,kenapa...i feel relax and i think the lyrics is so meaningful for me.. setiap kali dengar lagu ni airmata saya pasti akan mengalir…saya dengar abang angkat saya dengan member dia nyanyi lagu ni…best sangat2…try la dengar lagu ni...

Friday, August 3, 2012

sekali lagi aku diuji


Assalamualaikum wbt 

        Apa yang akan korang rasa apabila korang dapat tahu orang yang korang sayang tu sakit seperti kanser dan sebagainya,dia hanya boleh bertahan tak lama dah…penyakit dia tak dapat dirawat lagi tetapi hanya boleh melambatkan sahaja…dan apa yang korang akan lakukan??? 

        Kalau saya,saya akan rasa sedih sangat..saya tak sanggup tengok dia menderita macam tu dan kalau boleh biar lah saya je yang berada di tempat dia itu…hurm,,saya akan bagi dia sokongan dan juga semangat…saya juga akan sentiasa berada di sisi dia…macam mana dengan korang semua? Adakah korang semua akan buat macam saya juga?

        Sebenarnya semalam saya menerima mesej daripada someone yang saya sayang sangat2…dia mengkhabarkan saya yang dia sedang berada di hospital pada saat itu…saya mula rasa tak sedap hati…lalu saya bertanya “awak buat apa kat hospital?awak sakit ke ? “ dia pun jawab “ saya memang sakit,nanti saya cerita dekat awak yer?doktor  sedang marahkan saya ni sebab main telefon”…lama saya menanti mesej daripada dia tetapi hampa,dia tetap tidak menghantar mesej kepada saya… saya jadi gelisah…akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepadanya untuk bertanya khabar…

        Alhamdulillah,nasib baik dia balas…kalau tak memang saya call terus dah number dia ni…hurm,bila saya bertanyakan khabar tentang nya…mula2 dia tak nak beritahu pada saya yang dia sakit apa..last2 bila saya paksa akhirnya dia beritahu saya “saya menghidap penyakit ***(biarlah rahsia),doktor cakap penyakit saya ni tak ada ubat..kalau ada pun bukan untuk menyembuhkan penyakit ni tetapi hanya untuk melambatkan tempoh masa saya sahaja dan saya tak dapat bertahan lama dah awak…saya nak minta maaf dengan awak sekiranya saya ada buat salah pada awak…saya nak minta maaf juga sebab tak dapat nak tunaikan janji saya pada awak…dan saya nak minta maaf sangat sekali lagi kerana saya tak dapat nak bahagiakan awak…maafkan saya awak…carilah seseorang yang boleh bahagiakan awak,ingat pesanan saya tu k” …selesai sahaja membaca mesej itu laju saja air mata saya mengalir…tak dapat saya gambarkan hidup saya tanpa dia di sisi…dugaan ini terlalu berat buat saya,,,saya tak tahu nak menghadapinya bagaimana…saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT permudahkan urusan hidup dia di dunia & di akhirat kelak

        Namun,saya sedar yang harus lebih kuat berbanding dia…saya harus memberi dia semangat…saya harus menyembunyikan airmata saya mengalir dihadapan dia..saya tak nak dia rasa bersalah dengan saya,,,saya tak nak tengok dia sedih…saya juga tak nak dia rasa yang dia hanya akan menyusahkan saya je..saya tak nak semua tu…yer,saya harus kuat demi dia ! saya harus buat dia rasa bahagia…walaupun terpaksa berkorban sedikit…awak saya sayang awak sangat2!!! Bertahan la yer awak…saya akan sentiasa berada di sisi awak…

Wednesday, August 1, 2012

kera duku



Assalamualaikum wbt

        Masa kelas bahasa arab hari tu ustaz saya ada sebut pasal ‘kera duku’…saya tertanya2 la macam mana rupa ‘kera duku’ tu..so,saya buat research la pasal dia kat internet..dan ni la hasilnya :


*cute tak?hihihi*

Selain dari nama kongkang, kita juga boleh panggil species ini dengan nama Kera Duku atau nama glamour dia adalah Nycticebus coucang

Ciri-ciri fizikal kongkang:

Pergerakan dia samada berjalan, memanjat dahan, sangat la perlahan
( slow motion gitu).
Agaknya species kera yang paling slow pergerakannya dalam dunia.
~kongkang adalah mamalia .Bila kita sebut pasal mamalia apa yang kita leh dapat tahu?
Mamalia biasanya melahirkan anak, menyusukan anak, menjaga anaknya.

~kongkang bermata besar
Mata yang comel ini sebenarnya mempunyai nilai perubatan yang tinggi. Itu yang menyebabkan haiwan ini hampir pupus.
Jadi Kongkang ini telah di daftarkan dalam senarai spesis yang terancam.

~kongkang adalah ‘Nocturnal’
Nocturnal ni adalah aktif di waktu malam. Sebab tu agaknya mata dia besar.kan? senang nak nampak waktu malam.
Ini juga merupakan tabiat kongkang . Aktif pada waktu malam,tinggal di atas pokok


 
*saya dah banyak kali dah tengok video ni..cute la dia ni..hihihi*

kaya harta tapi miskin budi bahasa tak guna juga


Assalamualaikum wbt 

        “Budak2 aku kaya2, tak main la duit warna biru(RM1),..kitaorang guna duit warna merah(RM10)..ada duit tak nak bagi baki?”…amboih ! sesedap rasa dia je cakap macam tu yer…!!! Kurang ajaq betul punya budak !!! kalau guna duit merah (RM10) pun tapi duit mak bapak baik tak payah nak menunjuk la weyh ! simpan jela ! menyampah betul la orang macam ni…*situasi ni kawan aku sendiri yang alami beberapa hari lepas*

        Ni haa budak,,aku nak cakap sikit…kalau kaya HARTA tapi miskin BUDI BAHASA tak guna juga ! walaupun kitaorang tak ada banyak duit, kami KAYA DENGAN BUDI BAHASA ! tak macam korang,masih budak tapi dah berlagak..kalau setakat menumpang kekayaan mak bapak baik dok senyap je…tak payah nak berlagak sangat ! tak heran la kalau setakat menumpang kekayaan mak bapak je ! kalau nak menunjuk sangat tunggu kau kaya jela weyh ! 

        Aku rasa la kan,kitaorang ni lebih dewasa daripada korang kan??? so,jagalah adab bercakap tu sebelum aku ambil lada and aku tenyeh kat mulut korang ! aku pantang sangat2 kalau orang cakap kurang ajar macam korang ni… “yang tua dihormati,yang muda disayangi”,,,macam mana kitaorang nak sayangkan korang kalau korang semua tak tahu nak hormat kitaorang..???

        Sakit hati yang kitaorang pendam dulu pun tak hilang2 lagi,ni korang tambah pula dengan perangai korang ni…makin la kitaorang sakit hati dengan korang…pedih sangat hati kitaorang sehingga tak terkata...korang semua tak nampak semua tu sebab kitaorang tak tunjuk pada korang semua…kitaorang tak nak la panjangkan cerita…biarkan ia berlalu…kitaorang tak nak fikir dah pasal tu lagi…buat sakit kepala je,,,lebih baik kitaorang study…exam pun dah tak lama…

p/s: huh ! lega rasa dapat luahkan sikit apa yang terpendam dalam hati ni !so,hormatilah orang yang lebih dewasa berbanding kamu walaupun beza umur korang just satu tahun…bercakap tu biarlah beradab sikit ye dik oii !!!