it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, August 3, 2012

sekali lagi aku diuji


Assalamualaikum wbt 

        Apa yang akan korang rasa apabila korang dapat tahu orang yang korang sayang tu sakit seperti kanser dan sebagainya,dia hanya boleh bertahan tak lama dah…penyakit dia tak dapat dirawat lagi tetapi hanya boleh melambatkan sahaja…dan apa yang korang akan lakukan??? 

        Kalau saya,saya akan rasa sedih sangat..saya tak sanggup tengok dia menderita macam tu dan kalau boleh biar lah saya je yang berada di tempat dia itu…hurm,,saya akan bagi dia sokongan dan juga semangat…saya juga akan sentiasa berada di sisi dia…macam mana dengan korang semua? Adakah korang semua akan buat macam saya juga?

        Sebenarnya semalam saya menerima mesej daripada someone yang saya sayang sangat2…dia mengkhabarkan saya yang dia sedang berada di hospital pada saat itu…saya mula rasa tak sedap hati…lalu saya bertanya “awak buat apa kat hospital?awak sakit ke ? “ dia pun jawab “ saya memang sakit,nanti saya cerita dekat awak yer?doktor  sedang marahkan saya ni sebab main telefon”…lama saya menanti mesej daripada dia tetapi hampa,dia tetap tidak menghantar mesej kepada saya… saya jadi gelisah…akhirnya saya mengambil keputusan untuk menghantar mesej kepadanya untuk bertanya khabar…

        Alhamdulillah,nasib baik dia balas…kalau tak memang saya call terus dah number dia ni…hurm,bila saya bertanyakan khabar tentang nya…mula2 dia tak nak beritahu pada saya yang dia sakit apa..last2 bila saya paksa akhirnya dia beritahu saya “saya menghidap penyakit ***(biarlah rahsia),doktor cakap penyakit saya ni tak ada ubat..kalau ada pun bukan untuk menyembuhkan penyakit ni tetapi hanya untuk melambatkan tempoh masa saya sahaja dan saya tak dapat bertahan lama dah awak…saya nak minta maaf dengan awak sekiranya saya ada buat salah pada awak…saya nak minta maaf juga sebab tak dapat nak tunaikan janji saya pada awak…dan saya nak minta maaf sangat sekali lagi kerana saya tak dapat nak bahagiakan awak…maafkan saya awak…carilah seseorang yang boleh bahagiakan awak,ingat pesanan saya tu k” …selesai sahaja membaca mesej itu laju saja air mata saya mengalir…tak dapat saya gambarkan hidup saya tanpa dia di sisi…dugaan ini terlalu berat buat saya,,,saya tak tahu nak menghadapinya bagaimana…saya hanya mampu berdoa agar Allah SWT permudahkan urusan hidup dia di dunia & di akhirat kelak

        Namun,saya sedar yang harus lebih kuat berbanding dia…saya harus memberi dia semangat…saya harus menyembunyikan airmata saya mengalir dihadapan dia..saya tak nak dia rasa bersalah dengan saya,,,saya tak nak tengok dia sedih…saya juga tak nak dia rasa yang dia hanya akan menyusahkan saya je..saya tak nak semua tu…yer,saya harus kuat demi dia ! saya harus buat dia rasa bahagia…walaupun terpaksa berkorban sedikit…awak saya sayang awak sangat2!!! Bertahan la yer awak…saya akan sentiasa berada di sisi awak…

No comments:

Post a Comment