it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Thursday, August 16, 2012

selamat hari raya & selamat pulang ke kampung !


Assalamualaikum wbt

 
(We will going to miss our guest...Ramadhan Al-Kareem!)


          Korang semua dah beli belum baju raya ni??? Ramadhan dah nak tiba ke penghujungnya dah,Syawal kian menjelma…huhu…sesiapa yang masih belum beli lagi tu,pergi la beli…kang tak pasal2 ada yang nangis di pagi raya sebab tak ada baju raya…hihihi…hmm,kuih pula macam mana?dah buat or dah beli belum??tak apa , masih ada waktu lagi ni nak buat persiapan..

          Tahun ni saya tak buat sesuci dalam debu kot…busy kemas rumah…tak larat dah nak buat kuih ke apa…hidang kuih tunjuk je la tahun ni…huhuhu…kawan2 pula duk minta resepi nak buat sesuci dalam debu…saya bagi jela,,sebab orang kata,,tak baik kedekut ilmu..hihihi…ni pun saya belajar dengan mak saya juga..thanks mom ! I love you so much ! 
 

          Walaupun raya masih belom tiba lagi,, ,saya tetap nak ucap selamat hari raya,,maaf zahir dan batin..takut tak sempat je..lagipun time raya ni biasanya line busy…bukan setakat line yang busy,,tuan punya badan ni pun busy juga…huhuhu… saya nak minta maaf banyak2 pada anda semua andai saya ada terkasar bahasa , andai anda terasa dengan post2 saya dan sebagainya… maafkanlah saya... sesungguhnya saya juga seorang manusia yang lemah seperti anda semua yang tak akan lari dari melakukan kesalahan gak…tiada manusia yang sempurna di dunia ini kan..???

  
(fuyooo ! banyak nya kereta ! hehehe..hati2 ye semua.. semoga anda tiba ke destinasi yang dituju dengan selamat..Amin)


          Kepada yang baru nak balik kampung tu,hati2..bawa kereta elok2..kalau rasa mengantuk berhenti la dulu dekat R&R ke apa ke…jangan paksa sangat diri tu…”ingat lah orang yang tersayang”…hehehe…abang sulong saya balik hari Jumaat ni,lepas berbuka puasa…kesian kat dia…dah nak raya tapi masih kerja…nasib baik boleh cuti time raya ni..kalau tak,raya kat sana sorang2 jela…jumpa kat rumah ye abang ! jangan lupa bagi duit raya tau!:-p





p/s: ingat JANGAN MAIN MERCUN ! main bunga api sudah lah…huhuhu..kang tak pasal2 hilang jari…orang dok sambut hari raya kita dok dalam hospital …

No comments:

Post a Comment