it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Monday, April 2, 2012

perkhemahan masyarakat Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM)


Pada 28/03/2012 yang lalu aku diberitahu oleh cikgu aku bahawa aku dipilih untuk menyertai perkhemahan masyarakat Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) daerah tanah merah di Sk Peralla pada 29/03/2012 hingga 31/03/2012…setiap sekolah harus menghantar 2 orang wakil untuk menyertai perkhemahan tersebut…hmm,kali ini aku akan pergi perkhemahan tersebut dengan budak form 3….memang aku terkejut sangat2 apabila mengetahui berita tersebut…mana tak nya,aku belum buat persiapan apa2 pun…petang tu aku nekad nak keluar ke bandar untuk membeli barang keperluan untuk ke perkhemahan tersebut seperti uniform dan sebagainya…malam tuh aku kerah tenaga akak dan adik aku tolong aku kemas baju2…manakala aku pula sibuk iron baju...nak dipendekkan ceritanya memang kalut sangat2 la malam tuh..huhuhu…*boleh dijadikan kenangan*

Pada hari pertama,kami berkumpul di lorong bersebelahan pejabat…kami bertolak ke Sk Peralla tepat pada pukul 12.45 p.m…perjalanan kami mengambil masa kira2 selama setengah jam…sejujurnya,ni la 1st time aku sampai di kg Peralla…seumur hidup aku,aku tak pernah sampai sini…nasib baik tak tersesat tadi…huhuhu…kami merupakan peserta yang terawal mendaftarkan diri…kui3…di perkhemahan tersebut aku mendapat kawan baru iaitu thira & shira…diorang dari Smk Belimbing…diorang memang nampak macam kembar tapi yang sebetulnya mereka bukan la kembar ,mereka hanya berkawan baik…mereka lah orang pertama yang aku kenal di perkhemahan tersebut…mereka tu sama umur dengan aku je…

Setelah siap menunaikan solat fardhu zohor,kami diminta berkumpul di dewan sekolah…kami diberi sedikit taklimat tentang perkhemahan tersebut…seterusnya,kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan….aku tak sekumpulan dengan kawan baru aku itu…walaupun kami tak sekumpulan,kami tetap rapat…aku di kumpulan 2 yang lebih dikenali sebagai Halimatul Sa’diah…kumpulan aku mempunyai 10 orang ahli yang terdiri daripada 3 orang pelajar sekolah menengah serta 7 orang pelajar sekolah rendah dan aku telah dilantik sebagai ketua kumpulan…selepas itu,kami di arahkan mencari ahli dorm(tempat tidur)…setiap dorm mempunyai 8 orang ahli yang terdiri daripada 2 orang pelajar sekolah menengah dan 6 orang pelajar sekolah rendah…dan sekali lagi aku dilantik sebagai ketua dorm…pada waktu malam tu kami diarahkan menghias dan menceriakan dorm yang telah ditetapkan…kami bekerja hingga lewat malam…setelah penat bekerja,kami pulang ke dorm masing2 dan tidur…

Pada hari kedua pula,kami bangun awal dan berkumpul di surau untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah…selepas menunaikan solat kami mendengar tazkirah subuh…setelah itu kami bergerak ke dewan makan untuk minum pagi dan seterusnya bergerak ke dewan untuk sesi sihat  Malaysia…sihat Malaysia ni bersenam la…masa ni best la kerana ada cikgu yang sangat spotim..dia turut ikut serta buat senaman bersama kami..malah dia la yang lebih  bersemangat  berbanding kami yang masih muda…aku memang la tak berapa nak bersemangat sebab aku demam dowh ! aku memang macam tu bila dah tinggalkan rumah atau lebih tepat bila berjauhan dengan family…bak kata kawan aku,aku ni memang kena homesick..kih3…anak manja la katakan…hahaha

Selepas bersenam kami semua diarahkan kembali ke dorm yang hendak diceriakan untuk menyambung tugas kami yang tertangguh semalam…tak pasal2 aku jadi tarzan…naik almari tuh,naik almari ni sebab nak tampal kertas…memang penat sangat2….pada sebelah petang pula kami bergerak ke padang untuk acara sukaneka...Sk Peralla tak mempunyai padang…oleh kerana itu,kami terpaksa berjalan ke padang yang berdekatan…masa yang diambil untuk sampai ke padang tu kira2 selama 20 minit lebih (berjalan kaki)…aktiviti sukaneka ini disertai oleh ahli puteri dan penduduk kg Peralla serta guru2…penduduk kg Peralla semuanya spotim..tu yang membuatkan saya happy…saya menyertai acara lari dalam guni,bowling padang,kail botol dan sebagainya *tak ingat dah*…sebenarnya saya tak pernah main permainan tersebut…apabila saya menyertai permainan tersebut barulah saya tahu bagaimana cara permainan game tersebut…sukaneka ni dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kerjasama sesame ahli kumpulan…tu la 1st time saya bersukan bersama2 guru dan penduduk kg Peralla…kenangan ini tak kan dapat saya lupakan hingga akhir hayat saya..InsyaAllah…

Setelah penat bersukan,kami pulang ke Sk Peralla untuk membersihkan diri…aktiviti pada waktu malam pula ialah persembahan…pada malam tu aku berasa malu sangat2…aku ni tak pernah naik pentas buat persembahan tahu tak ! persembahan ni dibuat secara berkumpulan,setiap ahli kumpulan wajib menyertai…nak dipendekkan ceritanya,ada seorang budak dalam group aku ni bagi mikrofon kat aku soh ucap salam dan bla bla bla….aku ingatkan dia nak nyanyi sama2 tapi dia senyap je..tak nyanyi pun…so,aku terpaksa la cover  tak mahu orang cakap apa pula kat group aku ni…nasib baik aku duk di barisan belakang sekali..so,tak la nampak sangat muka aku ni..just dengar suara ja…suara aku bukan sedap pun…tapi memang malu sangat2 la..tak tahu nak sorok kat mana muka nim…tangan terketar2 ….pucat  macam tak ada darah…haaa…ni ada cerita sikit berkenaan persembahan tu (bukan persembahan group kami*tak ada niat nak mengumpat,sekadar nak berkongsi cerita..huhuhu*)…group kami dah malu…tapi ada lagi group yang lebih malu daripada group kami..kih3…pada malam tu diorang menyanyikan lagu tomat nyanyian wali band…diorang suruh la abang yang selalu sediakan kelengkapan untuk buat persembahan tu tolong pasang lagu tu la…ada seorang  budak tuh merangkap sebagai solo,dia hanya boleh nyanyi lagu tu sekiranya dia dengar lagu tuh..kiranya dia tak ingat lirik tapi bila dengar lagu tu dia boleh nyanyi dengan lancar…tapi lagu tu bunyi sikit je..*sampai kat korus yang 1st tu * lagu tu auto berhenti…punya la gelabah budak tuh…tak tahu nak buat apa…bila abang tu pasang pulak,dia minta nak nyanyi sekali lagi..ingatkan lagu tu akan play sampai habis la..tapi malang tak berbau…lagu tuh bunyi sampai kat tempat tadi je…last2 budak tuh nyanyi ikut suka hati dia je..*main hentam je dik  ep!* kesian kat adik tuh..persembahan dia la yang paling kelakar dalam banyak2 persembahan…*tak apa dik,akak takkan lupakan persembahan adik tu…adik telah menghiburkan para penonton yang hadir pada malam tersebut*

Sebelum aku tidur tu aku sempat berpesan dekat adik2 supaya kejutkan aku kalau diorang terbangun awal dari aku sebab aku takut aku terbangun lewat sebab aku letih sangat2 tambah2 lagi aku demam….nak diringkaskan cerita,pagi tu memang aku bangun lewat sangat2…aku bangun pukul 6.30a.m,,sepatutnya pukul 6.00 a.m dah berkumpul disurau…aku bergegas bangun dan kejutkan adik2…lalu mencapai tuala dan terus pergi mandi…punya la kelam kabut…nasib baik la kem komander tak denda ahli2 dorm kami….kalau tak,malu beb ! hahaha…hari ni merupakan hari terkahir kami berada disini,,,so,tak banyak aktiviti la..pagi tu kami ada aktiviti sihat Malaysia iaitu bersenam…pada hari tersebut juga ada majlis penutup…pertandingan menghias dorm dimenangi oleh kumpulan 8 * kalau tak silap aku * kumpulan aku dapat tempat kedua..kira okay la tu dari tak dapat lansung kan..???huhuhu

Perkhemahan ni memang lebih kepada membuat kebajikan…perkhemahan ni best sangat2..kalau boleh aku nak join pulak perkhemahan jenis macam ni…selain itu,perkhemahan ni banyak memberi pengalaman kepada aku dan kawan2 yang lain…disebabkan adanya perkhemahan ini juga lah kami dapat mengenali kg Peralla…hehehe

No comments:

Post a Comment