it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, July 27, 2012

aku ni kasar?macam lelaki?garang sangat ke???


Assalamualaikum wbt

        Ada something yang mengganggu minda saya sekarang ni..persoalan ini dah lama sebenarnya benda ni mengganggu saya…persoalannya ialah ,” betul ke saya ni kasar??macam lelaki dan terlalu garang ???”

Dah lama ku cari jawapan,bertanya pada yang terdekat sudah,bertanya pada si dia pun sudah..namun,semuanya menghampakan…um,mungkin mereka semua nak jaga perasaan saya kot…mungkin mereka semua tak nak saya bersedih or apa2 jela…

        Betul ke saya ni terlalu kasar…???betul ke saya ni macam lelaki???garang sangat kah saya ini sampai buat korang takut untuk bertanya terus pada saya…sampai nak minta saya ajar buat kerja sekolah pun takut?saya rasa saya ni biasa2 je,tak ada lah garang sangat…

        Semua ni terjadi pada saya,,,kawan saya sendiri yang dah lama kenal saya…dia nak tanya saya something… “nani,aku nak tanya sikit boleh?..tapi aku takut lah “…yang tu kawan aku…yang ni time aku konduk kawad semasa Mukhayam Peringkat Negeri hari tu..ni pengakuan jujur anak buah aku yang aku latih kawad kat sekolah sebelum pergi berkhemah tu…”orang takut selalu kalau kak nani konduk kawad…debar sangat2 sampai ketar tangan ni”..dia buat pengakuan ni selepas aku siap konduk kawad tu,,bukan lama pun..dalam 5 minit macam tu…

        Kadang2 saya terfikir juga,teruk sangat ke saya ni…???hurm,,memang la saya ada ramai kawan laki berbanding kawan perempuan…kenapa??? Ada la sebab saya tersendiri kenapa saya lebih rapat dengan laki berbanding perempuan tu…biar lah ia menjadi rahsia…tapi yang penting,tak ada pula saya terikut perangai diorang..macam hisap rokok,lepak sesuka hati and so on…lepak tu kadang2 je..tu pun dah la lama dah saya tinggalkan tabiat tu…

So,kenapa la orang still boleh anggap saya macam lelaki???hurmm,,,apa2 pun saya akan cuba berubah untuk jadi wanita sejati…thanks all..

Thursday, July 26, 2012

Selawat At-Thobibiyah



Assalamualaikum wbt

        Pada bulan yang mulia ini,marilah sama2 kita menambahkan amal ibadat kita…daripada kita membuang masa kita dengan melakukan perkara2 yang tak berfaedah…so,marilah kita berselawat…Selawat ni sesuai diamalkan pada bila2 masa sahaja…






*Ayuh kita melazimi berselawat ke atas baginda :)



 
 
Ya Allah semoga Engkau curahkan selawat dan salam kepada junjunganku,
kekasihku, pengubat hatiku, jiwa dan ragaku
 iaitu junjunganku yang menjadi utusan Allah, 
Muhammad bin Abdullah 
insan yang jujur dan terpercaya. 
Dan semoga selawat dan salam juga tercurah kepada semua keluarga dan sahabat baginda.


Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan Al-Mubarak


Assalamualaikum.

. ...

..''''

'
___
.
┃口┃
.
┃口┃
..
┃口┃      
.
┃口┃     ''''
.
┃口┃   '''''_____)     .人    
.
┃口┃  '''__________   '(____)   人
.
┃口┃____╭━━━━━╮_____'|_|______
.
┃╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮╭╮ |||╭╮╭╮ ||
.
┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |||┃┃┃┃ ||
.
┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |||┃┃┃┃ ||
.
┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃┃ |||┃┃┃┃ ||
━━━(ahlan wasahlan wa MARHABAN YAA RAMADHAN )━

Tawaran masuk ke Universiti
Tarikh: 3 hari lagi dari sekarang
Nama universiti: University of Ramadhan
Course wajib: Puasa sebulan
Course special: Tarawih
Konvo: Maghrib 1 Syawal

CARA ELAKKAN VIRUS PADA BULAN PUASA.

'Enter' the masjid

‘Forward’ your solat
‘Download’ pahala
‘Firewall’ your iman
‘Backspace’ from syaitan

‘Bookmark’ to Allah SWT
’Delete’ Allah’s enemies,
‘Copy paste’ from the Al-Qur’an and Sunnah
‘Help’ your muslim brothers n sisters
‘File’ your amal
‘Edit’ your akhlaq

‘View’ your good and bad deeds
‘Search’ the straight and right path

And Insya-Allah you will never get 'virus'.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Salam Ramadhan.

Semoga PUASA kali ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Aamiin

Saturday, July 21, 2012

Ganjaran Puasa Ramadhan



Assalamualaikum wbt

        Hari ni merupakan hari pertama Umat Islam berpuasa bagi tahun ini.so,macam mana? Bangun sahur tak tadi..???hihihi…pagi tadi terkejut juga sebab mak kejutkan awal2 pagi lagi,suruh makan..lupa pula yang hari ni puasa…rasa macam baru je masuk tahun 2012…cepat betul masa berlalu yer…huhuhu…saya rasa suasana puasa tahun ini tak sama macam suasana tahun lepas...tak tahu kenapa...hurmm,,,biarkan jela..perasaan je kot...


Sambil2 tu mari kita tengok ganjaran puasa Ramadhan ni

  

        Malam ni nak berbuka puasa dekat rumah atok ! hooorraaayyy !!! dah lama tak pergi rumah atok..rindu betul kat atok !!! sambil2 tu boleh la saya ambil novel yang saya kirim dekat sepupu saya…nak tahu novel apa??? Of coz la novel yang sukar didapati disini,,,novel HLOVATE la !!! hihihi…saya ni peminat no 1 novel hlovate…novel dia best sangat2…menarik perhatian dan minat saya…



 tunggu la kau wahai novel ,akan ku serbu kau malam nanti ! hahaha...wait for me okeys !

p/s : maafla yer,elok2 duk cerita pasal Ramadhan,tiba2 keluar pasal novel pula...hihihi...al-maklum la,diri ini terlalu excited nak jumpa novel tuh...SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA YER SEMUA ! (^_^)

Friday, July 20, 2012

Mukhayam Peringkat Negeri (Puteri Islam)



Assalamualaikum wbt


Khemah terbaik ! tengok dulu siapa yang buat gajet tuh ! haha *perasan betul la*
 

          Beberapa hari lepas kami telah mengikuti mukhayam peringkat negeri di Uitm,Machang selama 4 hari 3 malam…banyak pengalaman yang kami dapat semasa mengikuti mukhayam tersebut…setiap sekolah telah diberi tugas masing2 untuk menyertai pertandingan yang diadakan semasa mukhayam tersebut….sekolah kami telah menyertai pertandingan lagu patriotik (koir) , bantu mula atau lebih dikenali sebagai pertolongan cemas dan membuat gajet…

          Saya hanya menyertai 2 pertandingan sahaja iaitu koir dan membuat gajet…Alhamdulillah, kami telah memenangi setiap pertandingan yang diadakan…kami mendapat johan untuk pertandingan bantu mula dan naib johan bagi pertandingan koir dan membuat gajet…seriously,saya sebenarnya bukan pandai sangat buat gajet…saya belajar dalam masa 2 hari je semua tu..tu pun saya reka2 je..kui3…thanks kepada semua yang telah mengajar kami..especially to all pengakap yang telah banyak mengajar serta memberi sokongan kepada kami and tak lupa juga kepada abang ming ming ! hihi ..*bila la nak belanja kfc ep? Hari tu janji nak belanja kfc kalau kitaorang menang..hik3*



Dup dap dup dap…berdebarnya rasa…dah la jadi peserta last sekali buat persembahan…! *memang Satu Malaysia betul2 la…hahaha


          Pada malam terakhir kitaorang  tidur kat sana,lepas solat Isyak,,,hujan turun dengan lebat,ada kilat dan ada ribut…lupa pula yang khemah kitaorang duduk tu bocor..dah la bocor uzur pula tuh,,,tapi kitaorang terima jela,nak buat macam mana kan..dah nasib badan..bila balik ke khemah tu,terkejut juga tengok khemah kitaorang dah dimasuki air (macam banjir pun ada),,,ada sedikit je ruang yang belum terkena air…so,terpaksa la berpindah ke khemah lain…tapi ada masalah yang timbul pula,khemah lain tak cukup ruang untuk tampung kami berlima…hanya muat untuk 4 orang..so,saya suruh la 4 orang tu pergi khemah lain..biarlah saya tidur kat khemah bocor  tu sorang2…tak sampai hati pula nak suruh mereka tidur di khemah bocor itu,,takut diorang demam je…


 
Poster tercantik ! number one terrr !!! hahaha

          Tapi ada seorang budak tu,dia nak tidur sekali dengan saya kat khemah tu,,dia cakap kesian kat saya sebab tidur sorang2..so,saya terima jela..nak buat macam mana…pada malam tu,tidur la kami berdua di khemah tu…budak tu nangis sebab takut…saya pun tenangkan la dia…sampai dia tertidur…sedar2 dah pukul 2,habis baju saya basah…sejuk sangat2…saya tukar posisi lain pula..pukul 3,4 dan seterusnya saya tersedar..last2 pukul 6 saya bangun siap2 nak solat subuh berjemaah…memang saya betul2 tak boleh tidur malam tu..nasib baik budak yang tidur dengan saya malam tu tidur nyenyak…kesian juga tengok dia…tula kali pertama saya tidur sambil bermandikan hujan…tapi saya tak akan pernah dapat lupakan peristiwa itu..

          Pengalaman seterusnya ialah,pada majlis penutup tu…saya main kompang…for the first time in my life…sepanjang hidup saya memang saya tak pernah pegang apatah lagi bermain kompang tu…huhuhu… tapi Alhamdulillah,,dengan hanya berlatih selama sehari sahaja saya dapat bermain kompang itu walaupun agak kekok sedikit… kat sana juga saya telah menjadi konduk kawad kaki bagi kontinjen Tanah Merah…hihihi…dan yang paling meng-happy-kan saya ialah kontinjen kitaorang dapat ANUGERAH KHAS,iaitu ANUGERAH KONTINJEN TERBAIK !!! hahaha…caya lah ! terbaik ! *buat gaya macam boboiboy * …memang sesuai dengan slogan kitaorang “PUTERI TANAH MERAH PANTAS MENYERLAH! “ I like it ! *muahh!* sayang korang semua ketat2!!!! now,puteri dah buktikan kepada semua orang yang puteri bukannya lemah seperti yang mereka sangkakan itu ...GOOD JOB !!!!



buatmu abang...

Assalamualaikum wbt





        Memandangkan Ramadhan pun dah nak tiba..jadi,saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada anda semua…puasa yang tahun lepas tu dah ganti ke? hik hik hik…okey la,jom tanam azam baru untuk Ramadhan tahun ini…saya dah tak sabar dah nak sambut Ramadhan ni…happy sangat2 bila Ramadhan tiba kan…???kawan2 ,,,maafkan saya ep andai saya pernah terkasar bahasa atau terkasar bergurau dengan korang dan sebagainya…maafkanlah saya…sesungguhnya saya hanya seorang manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan kerana saya hanya la manusia biasa…tiada manusia yang sempurna di dunia ini…
          Dalam gembira ada sedihnya…biasa la tu kan..?huhuu…saya sedih sebab 2 hari lagi hari jadi someone yang saya sayang iaitu abang angkat saya…kitaorang boleh dikatakan dah lama dah kenal,since saya form 2..saya dah anggap dia macam abang kandung saya sendiri…saya sayangkan dia macam saya sayangkan abang kandung saya sendiri…tapi sejak dia berkenalan dengan seorang budak perempuan yang juga merupakan makwe dia,dia dah jarang berhubung dengan saya…bukan saya jealous dengan makwe dia tapi saya terasa hati dengan abang angkat saya…sebab sanggup dia mengetepikan saya hanya kerana makwe yang baru sahaja dia kenal itu berbanding dengan saya ni…saya tahu siapa makwe dia,saya berkawan dengan makwe dia…tapi serapat saya dengan abang angkat saya…

        Sejak beberapa bulan yang lepas,kami bergaduh hanya kerana perkara kecil sahaja,,dia herdik dan tengking saya…saya masih ingat lagi kata2 yang pernah dia lemparkan pada saya dan saya tak akan pernah lupakan kata2 dia itu kerana kata2 itu amat menyakitkan bagi saya…”budak yang masih mentah lagi,jangan ambil kisah pasal orang dewasa dah ! “umur kita berbeza hanya setahun je abang…tak banyak pun,tapi abang boleh cakap macam tu kat adik…dulu abang tak pernah macam ni dengan adik…selepas abang couple dengan dia,abang terus jadi macam ni… “abang janji akan sentiasa ada untuk adik dan akan sentiasa menjaga adik”  sekarang janji hanya tinggal janji,,masihkah kau ingat janji itu abang,,???




        Memang tak dapat dinafikan lagi adik memang rindukan abang...adik memang tak nak kehilangan abang..tapi akan daya sekiranya itu adalah kehendak abang…adik hanya menurut sahaja…tak mengapa lah abang,adik sedar siapa diri adik..adik memang tak layak jadi adik abang…adik hanya budak mentah,hingus pun orang tolong sapu lagi…adik budak jahat,adik budak nakal…abang baik…tak sesuai kawan dengan adik...seandainya perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kita,adik redha…thanks sebab sudi jadi kawan adik serta abang angkat adik dan thanks juga sebab beri peluang kepada adik untuk mengenali abang dan merasai kasih sayang abang itu…I’ll miss you…adik tak akan pernah lupakan saat indah kita bersama….adik harap abang bahagia dengan si dia... 



p/s : sorry,post ni khas untuk abang angkat saya...adik harap abang dapat maafkan segala kesilapan adik terhadap abang...thanks 4 everything my bro !