it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, July 20, 2012

buatmu abang...

Assalamualaikum wbt





        Memandangkan Ramadhan pun dah nak tiba..jadi,saya ingin mengucapkan Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat berpuasa kepada anda semua…puasa yang tahun lepas tu dah ganti ke? hik hik hik…okey la,jom tanam azam baru untuk Ramadhan tahun ini…saya dah tak sabar dah nak sambut Ramadhan ni…happy sangat2 bila Ramadhan tiba kan…???kawan2 ,,,maafkan saya ep andai saya pernah terkasar bahasa atau terkasar bergurau dengan korang dan sebagainya…maafkanlah saya…sesungguhnya saya hanya seorang manusia yang tak pernah lari dari melakukan kesilapan kerana saya hanya la manusia biasa…tiada manusia yang sempurna di dunia ini…
          Dalam gembira ada sedihnya…biasa la tu kan..?huhuu…saya sedih sebab 2 hari lagi hari jadi someone yang saya sayang iaitu abang angkat saya…kitaorang boleh dikatakan dah lama dah kenal,since saya form 2..saya dah anggap dia macam abang kandung saya sendiri…saya sayangkan dia macam saya sayangkan abang kandung saya sendiri…tapi sejak dia berkenalan dengan seorang budak perempuan yang juga merupakan makwe dia,dia dah jarang berhubung dengan saya…bukan saya jealous dengan makwe dia tapi saya terasa hati dengan abang angkat saya…sebab sanggup dia mengetepikan saya hanya kerana makwe yang baru sahaja dia kenal itu berbanding dengan saya ni…saya tahu siapa makwe dia,saya berkawan dengan makwe dia…tapi serapat saya dengan abang angkat saya…

        Sejak beberapa bulan yang lepas,kami bergaduh hanya kerana perkara kecil sahaja,,dia herdik dan tengking saya…saya masih ingat lagi kata2 yang pernah dia lemparkan pada saya dan saya tak akan pernah lupakan kata2 dia itu kerana kata2 itu amat menyakitkan bagi saya…”budak yang masih mentah lagi,jangan ambil kisah pasal orang dewasa dah ! “umur kita berbeza hanya setahun je abang…tak banyak pun,tapi abang boleh cakap macam tu kat adik…dulu abang tak pernah macam ni dengan adik…selepas abang couple dengan dia,abang terus jadi macam ni… “abang janji akan sentiasa ada untuk adik dan akan sentiasa menjaga adik”  sekarang janji hanya tinggal janji,,masihkah kau ingat janji itu abang,,???




        Memang tak dapat dinafikan lagi adik memang rindukan abang...adik memang tak nak kehilangan abang..tapi akan daya sekiranya itu adalah kehendak abang…adik hanya menurut sahaja…tak mengapa lah abang,adik sedar siapa diri adik..adik memang tak layak jadi adik abang…adik hanya budak mentah,hingus pun orang tolong sapu lagi…adik budak jahat,adik budak nakal…abang baik…tak sesuai kawan dengan adik...seandainya perpisahan ini adalah yang terbaik untuk kita,adik redha…thanks sebab sudi jadi kawan adik serta abang angkat adik dan thanks juga sebab beri peluang kepada adik untuk mengenali abang dan merasai kasih sayang abang itu…I’ll miss you…adik tak akan pernah lupakan saat indah kita bersama….adik harap abang bahagia dengan si dia... 



p/s : sorry,post ni khas untuk abang angkat saya...adik harap abang dapat maafkan segala kesilapan adik terhadap abang...thanks 4 everything my bro !

No comments:

Post a Comment