it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, July 20, 2012

Mukhayam Peringkat Negeri (Puteri Islam)



Assalamualaikum wbt


Khemah terbaik ! tengok dulu siapa yang buat gajet tuh ! haha *perasan betul la*
 

          Beberapa hari lepas kami telah mengikuti mukhayam peringkat negeri di Uitm,Machang selama 4 hari 3 malam…banyak pengalaman yang kami dapat semasa mengikuti mukhayam tersebut…setiap sekolah telah diberi tugas masing2 untuk menyertai pertandingan yang diadakan semasa mukhayam tersebut….sekolah kami telah menyertai pertandingan lagu patriotik (koir) , bantu mula atau lebih dikenali sebagai pertolongan cemas dan membuat gajet…

          Saya hanya menyertai 2 pertandingan sahaja iaitu koir dan membuat gajet…Alhamdulillah, kami telah memenangi setiap pertandingan yang diadakan…kami mendapat johan untuk pertandingan bantu mula dan naib johan bagi pertandingan koir dan membuat gajet…seriously,saya sebenarnya bukan pandai sangat buat gajet…saya belajar dalam masa 2 hari je semua tu..tu pun saya reka2 je..kui3…thanks kepada semua yang telah mengajar kami..especially to all pengakap yang telah banyak mengajar serta memberi sokongan kepada kami and tak lupa juga kepada abang ming ming ! hihi ..*bila la nak belanja kfc ep? Hari tu janji nak belanja kfc kalau kitaorang menang..hik3*



Dup dap dup dap…berdebarnya rasa…dah la jadi peserta last sekali buat persembahan…! *memang Satu Malaysia betul2 la…hahaha


          Pada malam terakhir kitaorang  tidur kat sana,lepas solat Isyak,,,hujan turun dengan lebat,ada kilat dan ada ribut…lupa pula yang khemah kitaorang duduk tu bocor..dah la bocor uzur pula tuh,,,tapi kitaorang terima jela,nak buat macam mana kan..dah nasib badan..bila balik ke khemah tu,terkejut juga tengok khemah kitaorang dah dimasuki air (macam banjir pun ada),,,ada sedikit je ruang yang belum terkena air…so,terpaksa la berpindah ke khemah lain…tapi ada masalah yang timbul pula,khemah lain tak cukup ruang untuk tampung kami berlima…hanya muat untuk 4 orang..so,saya suruh la 4 orang tu pergi khemah lain..biarlah saya tidur kat khemah bocor  tu sorang2…tak sampai hati pula nak suruh mereka tidur di khemah bocor itu,,takut diorang demam je…


 
Poster tercantik ! number one terrr !!! hahaha

          Tapi ada seorang budak tu,dia nak tidur sekali dengan saya kat khemah tu,,dia cakap kesian kat saya sebab tidur sorang2..so,saya terima jela..nak buat macam mana…pada malam tu,tidur la kami berdua di khemah tu…budak tu nangis sebab takut…saya pun tenangkan la dia…sampai dia tertidur…sedar2 dah pukul 2,habis baju saya basah…sejuk sangat2…saya tukar posisi lain pula..pukul 3,4 dan seterusnya saya tersedar..last2 pukul 6 saya bangun siap2 nak solat subuh berjemaah…memang saya betul2 tak boleh tidur malam tu..nasib baik budak yang tidur dengan saya malam tu tidur nyenyak…kesian juga tengok dia…tula kali pertama saya tidur sambil bermandikan hujan…tapi saya tak akan pernah dapat lupakan peristiwa itu..

          Pengalaman seterusnya ialah,pada majlis penutup tu…saya main kompang…for the first time in my life…sepanjang hidup saya memang saya tak pernah pegang apatah lagi bermain kompang tu…huhuhu… tapi Alhamdulillah,,dengan hanya berlatih selama sehari sahaja saya dapat bermain kompang itu walaupun agak kekok sedikit… kat sana juga saya telah menjadi konduk kawad kaki bagi kontinjen Tanah Merah…hihihi…dan yang paling meng-happy-kan saya ialah kontinjen kitaorang dapat ANUGERAH KHAS,iaitu ANUGERAH KONTINJEN TERBAIK !!! hahaha…caya lah ! terbaik ! *buat gaya macam boboiboy * …memang sesuai dengan slogan kitaorang “PUTERI TANAH MERAH PANTAS MENYERLAH! “ I like it ! *muahh!* sayang korang semua ketat2!!!! now,puteri dah buktikan kepada semua orang yang puteri bukannya lemah seperti yang mereka sangkakan itu ...GOOD JOB !!!!



No comments:

Post a Comment