it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Tuesday, May 29, 2012

Program Selangakah Ke Universiti


Assalamualaikum wbt

        Korang dah tengok belum video Montaj Program Selangkah Ke Universiti 2012???kalau belum,tengok la dulu..GEMPAQ GILER video tu…rugi tak tengok…hihihi…okey la,hari ni saya nak cerita sikit pengalaman menyertai Program Selangkah Ke Universiti ni…kitaorang stay kat sana selama 3 hari 2 malam…program ni diadakan pada 24/05/12 - 26/05/12..bertempat di UITM,Machang,Kelantan...

 

        Kitaorang pergi sana naik bas…sepatutnya pukul 2 dah bertolak..tapi ada masalah teknikal sikit…kitaorang tunggu bas sejam lebih dah tapi bas tak sampai2…sebenarnya bas dah sampai tapi kitaorang tak tahu pulak yang tu bas kitaorang punye…kitaorang buat tak tahu la…maknanya kitaorang dengan driver bas tu sama2 menunggu la…hahaha…nakal betul la !

 

(ketua kumpulan yang sangat2 spotim dan GEMPAQ GILER!!!!!!Miss you !!!hahaha)

 

 (bendera SPIDER MALAYAN)

 

(ni group kitaorang ..SPIDER MALAYAN!!!! Miss u ALL!!!! )

 


        First day kitaorang kat sana memang susah sikit nak menyesuaikan diri kat sana…kitaorang dibahagikan kepada 20 kumpulan…saya kumpulan satu yang terdiri daripada 13 orang ahli…hehehe…first day jumpa memang la malu2…tapi saya ni malu2 pun nampak macam tak malu sangat sebab mulut saya ni yang sukar nak berhenti bercakap…hahaha…redha jela ep…okeys,let me intro my group…nama kumpulan kitaorang “SPIDER MALAYAN”…nama kumpulan kitaorang diambil sempena ketua kumpulan kitaorang yang nak sangat letak nama spider tu…dan Malayan tu pulak sebab kitaorang semua melayu…huhu…ahli group kami terdiri daripada afieq(ketua),haikal (pok ka) , aiman (aiman tak kesah) , khairi( keri) , hidayah(dayah) ,fana,mere,ika,muli,tikah,wani,ayu dan saya sendiri…abang fasi kitaorang ialah abang ameer dan akak fasi kitaorang pulak akak ashimah (kak nyot)…kedua2 fasi kitaorang GEMPAQ! Huhuhu..i like it ! tagline kitaorang ialah “bagus2 sept kito,jangan pecoh sept kito…TERBAIK sept kito ! GO SPIDER!!!! Terbaik….*ikut gaya boboi boy*…hihihi…direka oleh ketua kumpulan kitaorang dan abang fasi kitaorang , abang ameer… pada malam tu kitaorang main game sebut haiwan apa yang kitaorang minat/suka dan kenapa kita suka haiwan tu…contoh : saya suka lembu sebab daging dia sedap…lepas tu tukar pulak sebut saya sayang dia (orang yang suka lembu tu) dan ambil sebab yang dia kasi (sebab dia suka haiwan tu la) contoh : saya sayang mamat sebab daging dia sedap…haha,,,ada seorang ahli kami tu cakap dia suka itik sebab dia godek2…hahaha…best sangat2 malam tu..start malam tu la saya cakap banyak tanpa segan silu…hahaha…pada hari pertama ni xada sangat aktiviti menarik,…so,kita skip je cerita pasal hari pertama tu k…hehehe…

 

(apa salahnya awak bagi tali awak pada saya)

 

Game apa salahnya awak berikan tali awak kepada saya…Dalam game ni kita kena berfikir la macam mana nak lepaskan diri…susah juga…nasib baik ada abang fasi tolong..hahaha…*semua nak harapkan abang fasi*

 

 

        Second day pula kitaorang ada explorance…aktiviti memang sangat menarik..tetapi amat meletihkan…hahaha…yang ni memang sangat2 menarik dan saya tak akan dapat lupakan kenangan bermain game ni…dalam game ni kitaorang diberi amanah iaitu buah tembikai,2 biji telur,air mineral (botol) dan roti (plastik dia)…mula2 kitaorang kena buat rantaian manusia…

 

(Ni la rantaian manusia tuh…gambar saya tak ada la kat sini…)

 

        Selepas buat rantaian makanan tu kitaorang berlari pergi ke car showroom..mula2 pening juga cari kat mana tempat tu…mujur la ada abang fasi tunjuk jalan kat kitaorang…kat sana kitaorang kena buat tagline kitaorang…lepas tu,akak fasi akan potong tembikai kitaorang…diaorang suruh kitaorang makan tembikai tu tanpa menggunakan tangan (tangan letak kat belakang)..masa ni kitaorang tak kira lelaki perempuan dah…makan je…tak kira la bekas lelaki ke  perempuan ke…huhuhu…yang lucunya,budak keri tu sempat lagi muntah sebab geli….hahaha…saya kasi jela dia air..suruh dia berkumur…kesian kat dia…huhuhu…

 

(bestnye dia makan tembikai…nak jugak!!!hahaha)

 

        lepas kitaorang lari pulak…lelaki dalam group kitaorang memang gentlemen dan spotim…hehehe..diorang yang beg berat…kitaorang bawa telur je…hihihi…gentlemen kan..??? okeys,seterusnya kitaorang main game terapungkan paper clip…memang susah yang ni…kitaorang suruh keri je buat…sebab tangan kitaorang tak boleh dok senyap..ketar la…huhuhu…dia suruh terapungkan 5 paper clip…huh ! mencabar betul la…then,kitaorang pergi bilang tayar…banyak giler tayar beb ! 3000 lebih..penat membilang…hahaha…and lepas tu kitaorang pergi baling telur dari tingkat 4…opsss ! bukan baling macam tu je..kitaorang kena fikir sendiri macam mana tak nak bagi telur tu pecah..bahan yang dia bagi ialah tape ,surat khabar,benang dan belon…*telur kitaorang bawa dah*…telur kitaorang buat tinggal satu je tak pecah..tapi si pok ka tu pi baling telur…pooommmm!!! gedebukkkkkkkkk!!!! pecah telur tuh !!!!!memang nak marah betul dengan dia..tapi sabar jela…tapi lucu juga tengok muka dia yang terkezut beruk tu dengar aku pekik kat dia.,…hahahaha…padan muka !!!!

 

        Ada juga game baling belon air tuh…kat situ kitaorang main sekejap je..terus kena penalty sebab tak ada belon yang terselamat…semuanya pecah…habis basah baju….sejukkk!!!! hahaha….tahu tak apa penaltinya ????kitaorang kena cium tiang tahu tak ???!!! eeiiiuuuuu!!!! Hahaha…apa la abang fasi ni…ada ke patut suruh cium tiang..nasib baik la tiang tu tak berkarat…dan banyak lagi la aktiviti petang tuh…memang penat sangat2 la…

 

(yang ni sweet giler ! dia nyanyi lagu cukup cukup sudah dekat akak fasi tuh !!!!)

 

        Keesokan harinya nasib baik kitaorang sedar…takut tak sedar je sebab kitaorang letih sangat2….masa nak balik tu kami diminta bawa beg pakaian masing2 dan turun tangga yang amat tinggi !!!! part ni la  yang saya paling tak sukanya!!! Fobia betul la dengan tangga ni !!! huhuhu…tapi Alhamdulillah,kitaorang sampai dengan selamat….

 

(ni la tangganya !!! alergik2 !!!)

 

(thanks akak sebab tolong urut kaki saya…hehehe…I LOVE you akk !*muahh!!*)

 

p/s: thanks kepada semua akak dan abang fasi yang sanggup tak balik kampung kerana ingin menguruskan kami semua…tahun depan kalau boleh nak join pula !!!tapi tak nak naik tangga !!! hahaha…banyak benda yang saya dapat dari program ni…I LOVE & I’LL MISS you ALL!!!!

 

       

Wednesday, May 16, 2012

sambutan hari guru


Assalamualaikum wbt 


          Pada hari ini sekolah kami telah menyambut perayaan hari guru peringkat sekolah…tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”…semua cikgu cantik2 dan handsome belaka…semua cikgu perempuan mengenakan baju berwarna hijau pucuk pisang…cikgu lelaki pulak warna putih tetapi bertali leher warna hijau….ceyh ! caya lah cikgu…hehehe….


          Perayaan hari guru tahun ini lebih kurang macam yang tahun lepas je…bezanya tahun ni ada persembahan silat…ceyh ! my  “anak dara” masuk tau ! sebenarnya dia bukan perempuan,dia lelaki la…disebabkan dia lah satu2nya lelaki dalam kelas kitaorang,aku letak la panggilan tuh KHAS untuk dia…hahaha…mintak maaf la yerr…dah nasib hang,jadi mangsa aku hari2…hahaha….boleh dikatakan tiap2 hari la kitaorang gaduh…dia tu ketua kelas kitaorang,aku pulak penolong…elok la tuh ketua dan penolong bergaduh…hahaha…


          Kembali kepada cerita tadi…tahun ni kitaorang buat kad khas untuk semua guru SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2)…entah kenapa tiba2 je jadi rajin nak buat kad…hahaha…kitaorang buat dua kad…untuk tahun ni dan satu lagi untuk yang tahun lepas…buat simple2 je…sebab last minute punya kerja ! hahaha…ni Azlin punya pasal la ni ! esok nak sambut hari guru,hari ni baru cakap nak buat kad…so,buat ala kadar jela…*orang cakap,simple pun tak pe,,,asalkan ikhlas…*
          Haaaa….hari ni aku naik pentas woooo !!!! hahaha…tak sangka pulak boleh naik pentas hari ni…nasib2…hari ni aku berseloka dengan Farisha….aku rasa macam tak pijak tanah je tadi…tangan terketar2…mujur tak kena pegang mic ..kalau kena pegang,,,alamak,terjatuh la mic tu sebab ketar sangat….yang aku peliknya,masa aku bersajak & bersyair masa pertandingan peringkat negeri hari tu,tak ada lah sampai macam tu…debar sikit2 tu adalah…yang ni debar sangat2…rasa macam nak  tercabut je jantung ni ! hahaha…dah la tak berlatih langsung…kitaorang dapat script sehari sebelum hari guru,that’s mean,,,kemarin la kitaorang dapat…dengan sibuk buat kad lagi,memang aku tak berlatih langsung la…main hentam je tadi ! hahaha…


          Masa aku nak balik tuh,aku pergi lah jumpa cikgu kat bilik guru…sambil2 nak bagi kad yang kitaorang buat tu la…hihihi…masuk2 tu terus kena serbu dengan seorang cikgu tuh…”nani,kenapa awak tak bersyair tadi?kalau setakat berseloka,cikgu pun boleh”…aku pun jawab la “tak nak la cikgu,malu…tak ada script pulak tuh”…cikgu ni memang tak nak kalah kalau dah boleh berbahas dengan aku …*eh,berbahas ke orang panggil tu? Ah! Lantak lah !* ..cikgu tu pun jawab “kenapa tak mintak dengan cikgu?kalau nak ,cikgu boleh bagi la “..aku pun senyap jela..kasi cikgu menang kali ni…hahaha…mentang2 la cikgu tahu yang aku dapat nom 2 dalam pertandingan syair hari tuh…ish3…takpe la cikgu,,maybe next time la saya bersyair depan cikgu…

p/s: Selamat hari guru cikgu ! terima kasih kerana telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya...saya sayang cikgu ! *muahhh !* jasamu akan ku kenang (^_^)

Monday, May 14, 2012

nak terima ke tak ni ?


Assalamualaikum wbt

          Nak kongsi sikit cerita yang amat melucukan bagi aku…hahaha…al-kisahnya begini,tadi ada seorang tuh *tak payah cakap la nama apa,tak penting pun*…dia ada minta aku buat satu cerita pasal  “cinta” dan dia cabar aku buat cerita tuh…maksudnya ialah dia cabar aku untuk  menghasilkan sebuah novel cinta…haish ! ada ke patut…dia cakap aku suka sangat baca novel dan aku juga suka sangat bermadah di facebook dan aku juga suka menulis cerita sebab tu dia nak cabar aku…huhuhu…memang la aku suka baca novel dan aku juga suka menulis cerita ,tu pun pendek2 je…

          Korang rasa patut ke aku sahut cabaran dia tuh??? Huh ! susah la weyh ! aku bukannya pandai sangat mengarang ni…kalau mengarut boleh la…perlu ke tak perlu ni…???hurm,susah betul nak buat keputusan…kalau tak sahut cabaran dia , nanti dia kata aku ni pengecut pulak…hmm,,,tengok la macam mana…nak hasilkan sebuah novel yang menarik ni ambil masa yang lama…insyaAllah..aku  akan cuba…tapi tak boleh lawan la novelis2 yang hebat tuh…aku tak sehebat mereka…huhuhu…kalau aku rasa aku boleh buat,aku akan buat…tapi kalau aku rasa aku tak boleh,I’m so sorry la kawan…


p/s :  apa pendapat korang ?perlu ke tak aku sahut cabaran dia...?

Monday, May 7, 2012

luahan hati


Assalamualaikum wbt

          Pada hari ini aku nak luahkan perasaan sikit..huhu..tengah sedih + tension ni…hmm,,,haruskah aku dipersalahkan sekiranya aku tidak mengetahui apa2???patutkah aku dikatakan tidak amanah sekiranya aku tidak memegang apa2 amanah???memang tak patut kan???tapi nak buat macam mana dah dia memang macam tuh…aku tak boleh nak buat apa2 dah…aku hanya dapat menelan kata2 dia itu yang kadang2 bagiku amat kasar bahasanya…

          Tidak sadarkah dia yang ramai orang tak boleh tahan dengan kata2 dia itu…kadang2 kata2 dia tu mengguriskan perasaan ku..pernah sekali aku menangis kerana dia…perlukah aku menangis sekali lagi kerna dia???Ah! cukuplah sekali sahaja aku menangis kerna dia…airmata ku tak berharga baginya…menangis airmata darah pun dia tetap macam tuh…tak ada gunanya aku menangis lagi…biarlah itu kali pertama dan kali terakhir aku menangis kerna mu…

          Aku akan terus bersabar selagi aku masih boleh bersabar dengan dia..tapi aku tak tahu selamat mana aku boleh bersabar dengan dia…aku takut suatu hari nanti kesabaranku akan hilang…kerna aku juga manusia seperti biasa yang punya hati dan perasaan…kadang2 aku terfikir juga,apalah salah aku sehingga kau seperti ingin memusuhi ku sahaja???kau juga sering mencari silap ku…apa kesalahan yang telah aku buat???cuba beritahu aku supaya aku tahu apa kesalahanku,supaya aku dapat memperbetul kesalahan aku itu…maafkanku sekiranya aku pernah menyakiti hatimu…maafkan aku sekiranya aku pernah melukakan hatimu…

p/s : kalau aku orang yang tidak boleh dipercayai,carilah orang yang boleh dipercayai dan juga orang yang boleh pegang amanah..jangan cari orang yang seperti aku...kelak mungkin kau juga yang akan sedih dan kecewa...

Sunday, May 6, 2012

novel + produk kecantikan


Assalamualaikum wbt

          Yes !Alhamdulillah,akhirnya dapat juga novel “DIA Jadi Saksi” tu…hehehe…bersorak bukan ke main lagi dalam kedai tadi..tak kira dah orang lain…hahaha…tapi malu juga dekat abang yang tengah susun buku tadi…dia tengok je dekat aku tadi sebab aku jerit..*kuat sangat ke aku jerit tadi?ah!lantak la..peduli apa,asalkan dapat novel tu je..huhu*

          Memang banyak la novel yang best2 kat sana tadi..kalau boleh aku nak beli semua je tadi..hahaha…tapi aku beli 3 je..low bajet la !hahaha..xpe2,nanti nak kumpul duit banyak2 nak beli novel tuh…siap la kau wahai novel !Oh ya ! lupa nak cakap,tadi aku beli novel “DIA Jadi Saksi”, “Alahai mat salih!” dan “Yes Boss!”

          Ni al-kesah masa on the way nak masuk pasar…tadi tiba2 je promoter tarik tangan aku…tak sempat nak lari la ! silap aku juga lalu area tu…kang tak pasal2 kena tangkap ! hahaha…dia promote apa???huh! apa lagi kalau bukan produk kecantikan…*produk jenama apa,xpayah cakap la..biarkan rahsia* aku ni bukan ni bukan jenis yang suka pakai produk apa2…bedak pun aku jarang pakai inikan pula produk untuk kecantikan..haish ! memang bukan taste aku la ! aku suka natural beauty je…no make-up ! 

          Mula2 dia sapu kat tangan je…aku biarkan je…lepas tu dia sapu kat muka aku pulak…haish!apa la main sapu2 kat muka ni…sambil2 duk sapu tu dia puji muka aku ni cantik la apa la…”hai akk! Kalau nak promote ni memang la kena ambil hati orang…orang yang tak cantik pun jadi cantik di mata akan bila nak promote tuh ! “ …yang tu okey la,kira masih boleh diterima lagi la …tapi dah selesai sapu tu dia paksa beli produk tu la pulak ! alahai ,ni la orang cakap sudah jatuh ditimpa tangga …aku ni memang tak boleh orang merayu2 kat aku…aku jadi lemah…so,aku beli jela..

p/s: the moral of the story yang aku dapat ialah ->jangan lalu jalan tu lagi…hahaha…jangan mudah termakan pujuk rayu orang…

Wednesday, May 2, 2012

Pertandingan sajak & syair peringkat negeri


Assalamualaikum wbt

        Hari ni saya masuk pertandingan sajak dan syair peringkat negeri,,,kih3…um,saya nervous sangat2 tadi masa sajak…tiba2 je jadi tak ingat…saya istighfar banyak2 kat atas pentas tadi…nasib baik la saya sempat habiskan sajak saya tuh…fuhhh ! nak tercabut rasa jantung tadi…hahaha…lepas tu kitaorang diberi rehat lebih kurang 30 minit…masa rehat tu saya gunakan untuk tukar baju dan berlatih syair pulak…

Tiba masa syair tuh Alhamdulillah…Allah permudahkan segala2nya…saya dapat bersyair dengan lancar tadi…hehehe…saya dapat number 5 (saguhati)..tapi okey la…saya berlatih 2 hari je…memang kelam kabut…huhuhu...hadiah yang saya dapat pun berbaloi la jugak…saya dapat sebuah novel *xingat tajuk apa*,beg,buku nota,sijil,permainan card *memory game* ,sijil dan wang berjumlah RM 100…

Memang tak sangka la dapat number 5 tuh sebab saya men hentam je…terlalu nervous la katakana…hahaha…pape jela…masa on the way balik tuh cikgu saya ada cakap yang ada seorang cikgu cakap syair dalam kalangan pelajar perempuan tuh budak yang pakai tudung warna pink tu the best….tahu tak siapa ‘perempuan yang pakai tudung pink’ tu siapa??? Siapa lagi kalau bukan saya ! hahaha…saya apa lagi…rasa bangga la pula…hahaha..*terPERASAN sendiri la…dalam sedih2 tu ada juga gembiranya…salah saya ialah masa sajak tadi je…terlupa skrip…hahaha…*tak pela,benda dah lepas…* lenkali kalau saya boleh masuk pertandingan tu pula,saya nak buat yang terbaik dan saya nak jadi JUARA…

Kesimpulannya,saya suka sangat2 sebab dapat menyertai pertandingan tuh walaupun saya tak menang…hehehe…hope tahun depan boleh masuk pulak…insyaAllah…hehehe…thanks banyak2 kepada guru yang mengajar saya bersajak dan bersyair,kepada cikgu2 yang sentiasa memberi sokongan kepada saya dan tak lupa juga kepada semua sahabat saya especially Nurul Farhanah,Nik Haizam,Siti Suhada dan Ainul..thanks a lot k ! I love you all ! muah !hahaha