it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Wednesday, May 16, 2012

sambutan hari guru


Assalamualaikum wbt 


          Pada hari ini sekolah kami telah menyambut perayaan hari guru peringkat sekolah…tema hari guru pada tahun ini ialah "Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara”…semua cikgu cantik2 dan handsome belaka…semua cikgu perempuan mengenakan baju berwarna hijau pucuk pisang…cikgu lelaki pulak warna putih tetapi bertali leher warna hijau….ceyh ! caya lah cikgu…hehehe….


          Perayaan hari guru tahun ini lebih kurang macam yang tahun lepas je…bezanya tahun ni ada persembahan silat…ceyh ! my  “anak dara” masuk tau ! sebenarnya dia bukan perempuan,dia lelaki la…disebabkan dia lah satu2nya lelaki dalam kelas kitaorang,aku letak la panggilan tuh KHAS untuk dia…hahaha…mintak maaf la yerr…dah nasib hang,jadi mangsa aku hari2…hahaha….boleh dikatakan tiap2 hari la kitaorang gaduh…dia tu ketua kelas kitaorang,aku pulak penolong…elok la tuh ketua dan penolong bergaduh…hahaha…


          Kembali kepada cerita tadi…tahun ni kitaorang buat kad khas untuk semua guru SMK Dato’ Mahmud Paduka Raja (2)…entah kenapa tiba2 je jadi rajin nak buat kad…hahaha…kitaorang buat dua kad…untuk tahun ni dan satu lagi untuk yang tahun lepas…buat simple2 je…sebab last minute punya kerja ! hahaha…ni Azlin punya pasal la ni ! esok nak sambut hari guru,hari ni baru cakap nak buat kad…so,buat ala kadar jela…*orang cakap,simple pun tak pe,,,asalkan ikhlas…*
          Haaaa….hari ni aku naik pentas woooo !!!! hahaha…tak sangka pulak boleh naik pentas hari ni…nasib2…hari ni aku berseloka dengan Farisha….aku rasa macam tak pijak tanah je tadi…tangan terketar2…mujur tak kena pegang mic ..kalau kena pegang,,,alamak,terjatuh la mic tu sebab ketar sangat….yang aku peliknya,masa aku bersajak & bersyair masa pertandingan peringkat negeri hari tu,tak ada lah sampai macam tu…debar sikit2 tu adalah…yang ni debar sangat2…rasa macam nak  tercabut je jantung ni ! hahaha…dah la tak berlatih langsung…kitaorang dapat script sehari sebelum hari guru,that’s mean,,,kemarin la kitaorang dapat…dengan sibuk buat kad lagi,memang aku tak berlatih langsung la…main hentam je tadi ! hahaha…


          Masa aku nak balik tuh,aku pergi lah jumpa cikgu kat bilik guru…sambil2 nak bagi kad yang kitaorang buat tu la…hihihi…masuk2 tu terus kena serbu dengan seorang cikgu tuh…”nani,kenapa awak tak bersyair tadi?kalau setakat berseloka,cikgu pun boleh”…aku pun jawab la “tak nak la cikgu,malu…tak ada script pulak tuh”…cikgu ni memang tak nak kalah kalau dah boleh berbahas dengan aku …*eh,berbahas ke orang panggil tu? Ah! Lantak lah !* ..cikgu tu pun jawab “kenapa tak mintak dengan cikgu?kalau nak ,cikgu boleh bagi la “..aku pun senyap jela..kasi cikgu menang kali ni…hahaha…mentang2 la cikgu tahu yang aku dapat nom 2 dalam pertandingan syair hari tuh…ish3…takpe la cikgu,,maybe next time la saya bersyair depan cikgu…

p/s: Selamat hari guru cikgu ! terima kasih kerana telah mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada saya...saya sayang cikgu ! *muahhh !* jasamu akan ku kenang (^_^)

No comments:

Post a Comment