it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Saturday, April 28, 2012

wirid selepas solat fardhu


Assalamualaikum wbt

        Hari ni saya nak berkongsi dengan anda semua tentang  wirid selepas solat fardhu…ramai diantara kita ni lepas solat terus bangun dan lipat kain semayang (bagi perempuan) kan…???saya cakap macam tu pun sebab saya sendiri pun kadang2 lupa nak berwirid juga sebab sibuk sangat…dok fikir nak buat tu la,nak buat ni la..last2 doa pun ringkas2 je…so,mari lah sama2 kita berubah untuk kebaikan kepada kita juga…berwirid ni simple je…tapi sesetengah manusia ni kalau benda yang simple memang jarang mereka buat kan…???huhuhu….so,di sini saya kongsi beberapa wirid yang boleh kita amalkan selepas solat fardhu… ni pun saya ambil dalam internet je…hehehe…

WIRID SELEPAS SOLAT FARDHU

Diringkaskan dari kitab ‘hidayatus salikin’, selepas solat bacalah:

1. ASTAGHFIRULLAH (3KALI)
2. ASTAGHFIRUL LAH HAL A’ZIM ALLAZI LAA ILA HA ILLA HUWAL HAYYUL QOYYUM WA A TUBU ILAIH
3. ALLAHUMMA AJIRNA MINANNAR (3KALI)
4. ALLAH HUMMA ANTAS SALAM WAMINKASSALAM, WA ILAIKA YA U’DUS SALAM, FAHAYYINAA ROBBANA BISSALAM, WA ADKHILNAL JANNATA DAROS SALAM, TABAROKTA ROBBANA WA TA NGALAITA, YA ZAL JALALI WAL IKROM.
5. A UZUBILLAHI MINASSYAITHONIRRAJIM, BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, ALHAMDULILLAHIRABBIL NGALAMIN, ARRAHMANIRRAHIM, MAALIKIYAU MIDDIN, IYYAKANAKBUDU WA IYYA KANASTAIN, IHDINASSIRO THOL MUSTAQIM, SYIRO THOL LAZINA AN AMTA NGALAIHIM, GHAIRIL MAGH DHUBI NGALAIHIM, WALADDHOOOLLIN. AMIIN.
6. WA ILA HUKUM ILAAHUN WAAHIDUN, LAA ILAHA ILLA HUWARRAHMAANURRAHIM, ALLAHULAA ILAA HA ILLA HUWAL HAYYUL QAYYUM, LAA TAK KHUZUHU SINATUWWALA NAUM, LAHU MA FISSAMAWAA TIWAMA FIL ARD, MAN ZALLAZII YASYFA’U NGINDAHU ILLAA BI IZNIH, YAKLAMU MAA BAINA AIDIIHIM WAMA KHOLFAHUM, WALAA YUHIITUNA BI SYAI IN MIN NGILMIHI ILLAA BIMA SYAA’, WA SYI NGA’ KURSIYYUHUSSAMAWAATI WAL ARD, WA LAA YA U DHUHU HIFZHUHUMA, WA HUWAL NGA LIYYUL NGAZIM.
7. SYAHIDALLAHU ANNAHU LAA ILAA HA ILLAA HUWA WALMALA IKATU WA ULUL NGILMI QAIMAN BIQIST, LAA ILAA HA ILLA HUWAL NGAZIZUL HAKIM. INNADDIINA NGINDALLAHIL ISLAAM.
8. QULILLAA HUMMA MALIKAL MULKI TU’TIL MULKA MAN TASAA’, WATAN ZI NGUL MULKA MIMMAN TASAA’, WATU NGIZZU MAN TASAA’, WA TU ZILLU MAN TASAA’, BI YA DIKAL KHAIR INNAKA NGALA KULLI SYAI’IN QADIIR. TULIJUL LAILA FINNAHAR, WA TUU LIJUNNAHARRA FILLAILI, WATUKH RIJUL MAYYITA MINAL HAYYI, WA TARZUQU MAN TASAA’ U BI GHAIRI HISAB.
9. SUBHAANALLAH (33@100KALI) pahala seperti mengerjakan haji dan umrah.
10. SUBHAANALLAH WABIHAM DIHI pahala di ampunkan dosa walau sebanyak buih dilautan.
11. ALHAMDULILLAH (33@100KALI) pahala seperti berperang fisabilillah.
12. ALHAMDULILLAHI NGALA KULLI HALIN
13. ALLAHUAKBAR (34@100KALI)
14. LAA ILAA HA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYAARIIKALAH, LAHUL MULKU WA LAHULHAMDU WA HUWA NGALA KULLI SYAI’IN QADIR. WALA HAWLAWALA QUWWATA ILLAA BILLAA HIL NGALIYYIL NGAAZIIM. Pahala meluaskan dan membanyakkan tanaman di syurga.
15. ALLAHUMMA LAA MAANI NGA LIMAA AK THOI TA, WA LAA MUQTIYA LI MAA MANA’TA, WA LAA RADDA LI MAA QO DHOI TA, WA LAA YAN FA NGU ZHAL JADDI MINKAL JADDU.
16. ALLAA HUMMA SOLLI NGALAA SAYYIDINAA MUHAMMADIN NGABDIKA WA RASUULIKANNABIYYIL UMIYYI, WA NGALA AALIHI WASOHBIHI WASALLAM, KULLAMA ZAKAROKAZZAKIRUUNA, WA GHOFALA NGAN ZIKRIKAL GHOFILUUN, WARO DHI YALLAAHU TABAROKA WA TA NGALA NGAN SAADAATINAA ASH HAABI SAYYIDINAA RASUULILLAAHI AJMA NGIN.
17. WA HASBUNAALLAHU WA NIKMAL WAKIIL. WA LAA HAWLAWALAA QUWWATA ILLAA BILLAAHIL NGALIYYIL NGAZIM.
18. ASTAGHFIRULLAH (3KALI)
19. YAA LATIF FU YAA KAFI, YAA HAFIZU YAA SYAFI, YAA LATIIFU YAA KAFII, YA HAFIIZU YAA SYAAFI, ALLAH, YAA LATIIFU YAA WAAFI, ALLAH, YA KAARIIMU ANTALLAH
20. LAA ILAA HA ILLALLAH (10KALI) pahala seperti memerdekakan hamba.
21. LAA ILAAHA ILLALLAH MUHAMMADUR RASUULULLAH, KALIMATU HAQQUN NGALAIHI NAHYA WA NGALAINA NAMUT, WA NGALAIHAA WABIHAA NUB NGASU INSYA ALLAHU TA NGALA MINAL AA MINIINA BIROHMATILLAHI WA KAROMIHI.
22. BISMILLAAHIRRAHMAANIRRAHIIM. QULHUWALLAHU AHAD, ALLAHUSSOMAD, LAM YAA LID WALAM YUULAD, WALAM YAA QULLAHU QUFUWAN AHAD (3KALI) pahala seperti membaca seluruh Al-Quran.

Friday, April 27, 2012

upah haji atau upah haji badal


Assalamualaikum wbt

        Pada hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang upah haji atau upah haji badal.saya peroleh info ni dari novel ‘akhirnya aku kahwin! By Herna Diana…haa..siapa cakap baca novel tak ada faedahnya???tu faedahnya…masa baca novel ni saya tertanya2 juga apa itu upah haji…lepas tu saya tengok la dekat segmen ilmu…barulah saya tahu apa itu upah haji….so,balik kepada topik saya tadi…

Upah Haji Atau Upah Haji Badal

                Erti upah haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan ibadah haji dirinya sendiri,untuk melakukan haji untuk orang lain pula.Orang lain itu sama ada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci.Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal.’Badal” bermakna ‘ganti’ atau ‘alternatif’.

Hukum Haji Badal

                Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan ibadah haji dirinya sendiri untuk mengerjakan haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana telah uzur.

                Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi s.a.w dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia.Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”

                Nabi s.a.w menjawab,”Kerjakanlah haji tersebut bagi pihaknya.Jika ibumu berhutang dengan seseorang,adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut?Maka tunaikanlah hal ALLAH (iaitu haji) kerana ia lebih patut dilunaskan.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

                Seorang wanita bertanya Nabi s.a.w tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji.Nabi s.a.w berkata kepada wanita tersebut ,”Kerjakanlah haji bagi pihak ayahmu.” (Hadis riwayat An-Nasaie)

                Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mngerjakan haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian.Nabi s.a.w juga membuat perbandingan dimana melunaskan haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

Syarat-syarat wakil atau orang mengambil upah haji.

                Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah :
Q  Orang itu telah pun menunaikan fardhu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna.Sebagaimana yang disebut dalam hadis berikut :

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji.”Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah.”Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya.”Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri?”Jawab lelaki itu, “Belum.”Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, “Kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri sendiri dahulu,kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula.”(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Q  Hendaklah melakukan fardhu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji

Q  Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu.Jika ditentukan kepadanya,maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan,jika tidak ditentukan maka haruslah bagi orang yang mengambil upah iyu berihram pada miqat yang dilaluinya.Bagi orang yang berada di Makkah yang mengambil upah haji,maka wajiblah dia keluar daripada miqat yang dihajikannya,atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya.Jika dia berihram daripada miqatnya (di Makkah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

Q  Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya,seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

Pahala Haji Badal

                Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna,kesemua pihakyang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH S.W.T.

                Dari Ibn Abbas r.a berkata ,”Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia,ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu haji dan orang yang mengerjakan haji tersbut mendapat tujuh haji.”
               
                Dalam satu riwayat lain,”Dan bagi orang yang mengerjakan haji tersbut akan terselamat dari api neraka.”(Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar)

                Dari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah s.a.w lalu datang seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah s.a.w ,sesungguhnya ibuku terlalu tua.Jika aku mengangkatnya secara tanggung,dia tidak boleh memegang kuat.Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia.”

                Sabda Rasulullah s.a.w ,”Jika ibumu berhutang dengan seseorang,tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”Dia berkata ,”Ya.” Sabda Nabi s.a.w lagi,”Kamu kerjakanlah haji bagi pihak ibumu.”

                Berdasarkan dalil di atas,jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.

                Berdasarkan hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan haji ke atas orang yang tidak berkuasa sekiranya dia berkemampuan dari segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan haji tersebut bagi pihaknya.

Pahala anak yang mengerjakan haji untuk kedua-dua orang tuanya

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak kedua-dua ibu bapanya,atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di hari kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan ALLAH S.W.T).”

                Dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda , “sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan hajinya dan mendapat pahala sepuluh haji.”

                Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan haji untuk kedua- dua ibu bapanya maka akan diterima ibadah haji tersebut daripada dia dan daripada kedua-dua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada roh-roh ibu bapanya dan ditulis di sisi ALLAH sebagai satu kebajikan.”

                Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali,sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu.

Thursday, April 26, 2012

spoil my mood betul la !


Assalamualaikum wbt

        Huh!sakit hati betul la…sudah sekian lama aku tak bergaduh di laman social iaitu di facebook *hampir 2 tahun dah tak silap saya*bukan saja nak gaduh,tapi depa tu yang suka buat saya marah..saya ni bukannye boleh kawal sangat perasaan marah...saya pun ada perasaan juga…hmm,akhirnya hari ini aku bergaduh pulak dengan kawan adik angkat aku sendiri…huh !menyampah betul la aku dengan orang yang kurang ajar ni…siapa suruh ko cari masalah dengan aku…kan aku dah cakap tadi ‘dont u dare to trouble the trouble if u dont want to trouble u !’ *pinjam ayat Hlovate* …kan tak pasal2 kena BLOCK terus tadi…hahaha…baru puas hati aku….padan dengan muka korang…time aku cakap elok2 korang tak nak dengar kata…ADA AKU KESAH !!! korang memang dah spoil mood aku la….korang masih belum kenal siapa aku..so,jangan pandai2 buat andaian pasal aku…”DON’T JUDGE A BOOK BY ITS COVER!”..ingat ayat tu sampai bila2 !
 
p/s: sorry la kalau saya terkasar bahasa,,,mood saya memang tak okay hari ni…sorry sangat2

Wednesday, April 25, 2012

program puteri prihatin


Assalamualaikum wbt

        Sudah sekian lama tidak meng-Update blog…rindu pula dekat blog ni..huhuhu…okey la,hari ini saya nak cerita pengalaman menyertai program Puteri Prihatin yang dianjurkan oleh para PPIM sekolah kami…

        Pada hari ini,ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia , Sek.Men.Keb.Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) telah mengadakan program Puteri Prihatin…kami mengadakan aktiviti gotong-royong *lebih kurang macam tu la * di kg.Batu Hitam (lorong penunggu)…kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan saya merupakan ahli  kumpulan 5…*sempat lagi nak promote diri..kah3 *…kami ke sana dengan berjalan kaki je,dekat je..tak jauh pun…lebih kurang 15 minit perjalanan…huhuhu…kami membersihkan kawasan rumah yang telah ditetapkan oleh guru penasihat kami….setelah selesai membersihkan kawasan rumah tu, kami memberikan sedikit sumbangan kepada penghuni rumah tersebut dan terus berangkat pulang ke sekolah…

        Program ini sangat menarik dan saya berasa sangat gembira kerana dapat mengikuti program tersebut…melalui program ini,kami dapat mengenali penduduk2 kampung tersebut…program ini juga menimbulkan rasa insaf kepada kami semua dan menyedarkan kami bahawa masih ada yang lebih susah berbanding dengan kami….selain itu,program ini juga dapat mengeratkan silaturahim,dapat  memupukkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan dan sebagainya…

p/s : entah pape la saya merapu hari ni…rilex la ! xtahu nak cerita apa dah..hahaha…

Tuesday, April 17, 2012

edit oh edit (~_^)


Assalamualaikum wbt

       Alhamdulillah…akhirnya siap juga edit blog ni…so,amacam???apa komen korang tentang muka baru blog saya ni???huhuhu… saya bosan sebenarnya semalam..tak tahu nak buat apa,nak baca novel pun tak ada mood…so,daripada buang masa macam tu je…lebih baik saya edit blog kan…???so,ini lah hasil kerja saya dan kakak saya…kalau korang rasa blog ni tak cukup menarik lagi ke apa2 ke..jika korang ada cadangan yang ingin dikemukan,dipersilakan…tak ada masalah..insyaAllah,saya akan mempertimbangkan cadangan anda tersebut…

p/s: jangan takut nak beri sebarang komen pulak…jangan risau,saya tak makan orang..saya makan nasi..sama macam korang…*dah start mengarut dah..hahaha *saya berfikiran terbuka..kui3…

Sunday, April 15, 2012

budak2 zaman sekarang (o_O)


Assalamualaikum wbt
      
  Topik kita pada hari ini adalah budak2 zaman sekarang…topik kali ini agak sensitive la sikit…tapi tak apa,sensitive sikit je…lagipun niat saya sekadar nak berkongsi cerita dan nasihat…huhuhu..saya cerita ni pun berdasarkan daripada apa yang terjadi di depan mata saya sendiri dan juga berdasarkan pengalaman saya….saya dapat ilham nak cerita pasal topik ni sebab saya perhatikan budak2 zaman sekarang ni ada macam2 karenah…
      
  Sebagai anak perempuan atau lebih tepat lagi anak dara,,,seeloknya kita duduk je dekat rumah tolong mak apa yang patut,belajar memasak ke apa ke…bukannya round2 kampung or bandar…mungkin korang semua cakap “kolot la belajar memasak…kenapa kalau jadi anak perempuan mesti kena belajar memasak rimas lah,menyampah la dll…”oiii mak cik ! kalau kau xbelajar masak kau tak masak kan?yela,kalau tak belajar memang la xpandai…masalahnya sekarang kalau kau tak pandai masak,,esok2 nanti kau kawen siapa yang nak masak untuk suami dan anak2 kau nanti???nak suruh mak kau???lambat lagi…! Kang tak pasal2 kena tinggal suami baru tahu ! yang tu satu masalah,,,masalah yang lain pula bila dah biasa round2 kampung dengan motor memang dah tak ingat dunia dah..malam2 pun keluar juga…kalah anak teruna..aku yang tengok ni pun sakit mata memandang..tak penat ke korang naik motor berjam2…???tak boring ke round2 kampung ???tak malu ke korang bila orang tengok korang???tak terfikir ke korang semua apa pandangan orang lain terhadap korang???aku pun tak tahu nak cakap apa lagi…ada tu pakai baju kurung,,,cantik la mata memandang…tapi masalahnya dia pergi merempit…Astaghfirullahalazim…apa nak jadi dengan korang ni???yang lain2 tu tak payah cakap la…huh ! penat + tenat !
        
Budak2 zaman sekarang ni pantang ditegur terus melenting tak tentu pasal..lepas tu mula la cakap yang kita ni suka membebel la kalah mak nenek la apa la,macam2 korang ni…diorang tak sedar yang niat kita ni baik,nak suruh diorang jadi orang yang baik dan berguna…ni kecil2 dah pandai lawan cakap orang tua…lepas tu tinggikan suara pula tu…Masya-Allah…apa nak jadi la dengan korang ni…???cuba la hormat sikit orang yang lebih tua dari korang…jaga la perasaan diorang tu..especially your mom n your dad…tanpa mak dan ayah korang,korang tak akan ada kat dunia sekarang ni…ingat lah jasa diorang yang tak pernah kenal erti lelah dan mengaku kalah dalam mendidik kita dan membesarkan kita…ingatlah bahawa syurga dibawah telapak kaki ibu…jangan lah derhaka pada ibu bapa kita…kalau rasa kita ni ada buat salah dengan ibu bapa kita janganlah malu nak minta maaf…kalau ibu bapa kita sakit jaga lah mereka…bantu lah mereka…masa kita kecil2 dulu mereka la menjaga kita ketika kita sakit…
         
Dah habis membebel semua tu sekarang nak membebel pasal rokok pula…hahaha...*mak aih ! xhabis2 membebel kan??rilex la * haaa..cerita pasal rokok ni aku nak tanya korang…apa faedah korang merokok???nak tunjuk macho ke???kalau tu la sebab korang kan,baik xpayah merokok la…bazir duit je…banyak lagi cara korang boleh buat untuk tunjuk macho tu tak semestinya merokok je…sebab nak release tension???hmm,,,nak release tension xperlukan rokok…banyak kan berdoa dan membaca al-Quran la…insyaAllah,hati kita akan tenang…cuba korang bayang yang rokok tu duit…nak hisap rokok tu korang kena bakar yang kt depan tu kan??*tak tahu nama apa..hahaha..faham2 jela* haaa..cuba bayang ketika korang dok nyalakan api nak bakar yang kat depan tu ibarat korang tengah bakar duit korang…huish ! kalau aku la kan,aku tak sanggup nak bakar duit tu..sayang la oii ! ingat senang ke nak dapat duit tu…???sekarang mungkin korang x rasa apa2 sebab korang x cari duit sendiri,minta je dengan mak ke bapak korang ke confirm diorang bagi kan…??maklum lah,kalau tak bagi duit tu korang melenting tak tentu pasal pula…so,berhenti la merokok…dan kepada siapa2 yang nak cuba merokok tu baik lupakan saja niat korang tu…gunakan duit tu untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada korang…
       
 Saya rasa setakat ini sahaja sesi ‘MEMBEBEL’..hahaha…minta maaf banyak2 la andai saya tersasul atau terkasar bahasa dan sebagainya… hmm,okey la semua kalau ikutkan hati memang banyak lagi yang nak dibebelkan…memandangkan masa amat mencemburui saya…saya terpaksa mengundur diri dahulu…sebelum saya mengundur diri di sini ada sedikit nasihat yang ingin saya sampaikan… nasihat saya ialah berubah la untuk kebaikan wahai sahabat2ku…masih belum terlambat untuk kita berubah…saya juga akui bahawa saya juga pernah melakukan kesalahan yang sama…tapi Alhamdulillah,sekarang saya dah sedar akan kesalahan yang telah saya lakukan…sekali lagi maafkan saya andai saya tersalah bicara…sekian,wsalam…

p/s:kepada pembaca: harap korang tak pening baca post saya kali ini…kadang2 guna ganti nama ‘aku’ , kadang2 ‘saya’…hehehe…terima kasih kerana sudi baca post saya walaupun post kali ini tidak seberapa menarik…