it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Wednesday, April 25, 2012

program puteri prihatin


Assalamualaikum wbt

        Sudah sekian lama tidak meng-Update blog…rindu pula dekat blog ni..huhuhu…okey la,hari ini saya nak cerita pengalaman menyertai program Puteri Prihatin yang dianjurkan oleh para PPIM sekolah kami…

        Pada hari ini,ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia , Sek.Men.Keb.Dato’ Mahmud Paduka Raja (2) telah mengadakan program Puteri Prihatin…kami mengadakan aktiviti gotong-royong *lebih kurang macam tu la * di kg.Batu Hitam (lorong penunggu)…kami dibahagikan kepada 7 kumpulan dan saya merupakan ahli  kumpulan 5…*sempat lagi nak promote diri..kah3 *…kami ke sana dengan berjalan kaki je,dekat je..tak jauh pun…lebih kurang 15 minit perjalanan…huhuhu…kami membersihkan kawasan rumah yang telah ditetapkan oleh guru penasihat kami….setelah selesai membersihkan kawasan rumah tu, kami memberikan sedikit sumbangan kepada penghuni rumah tersebut dan terus berangkat pulang ke sekolah…

        Program ini sangat menarik dan saya berasa sangat gembira kerana dapat mengikuti program tersebut…melalui program ini,kami dapat mengenali penduduk2 kampung tersebut…program ini juga menimbulkan rasa insaf kepada kami semua dan menyedarkan kami bahawa masih ada yang lebih susah berbanding dengan kami….selain itu,program ini juga dapat mengeratkan silaturahim,dapat  memupukkan semangat kerjasama sesama ahli kumpulan dan sebagainya…

p/s : entah pape la saya merapu hari ni…rilex la ! xtahu nak cerita apa dah..hahaha…

No comments:

Post a Comment