it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Thursday, April 12, 2012

sanggul tinggi


Assalamualaikum w.b.t
             
   Pada hari ini saya ingin membincangkan pasal sanggul tinggi….sejak akhir2 ini,saya lihat ramai perempuan yang suka sanggul tinggi…sebelum tu saya nak minta maaf kepada sesiapa yang terasa dengan tajuk perbincangan saya kali ini…saya tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan kalian semua dan saya juga tak bermaksud untuk tujukan post ini kepada sesiapapun…sekadar buat peringatan buat diri sendiri…
              
  Jika kita lihat pada hari ini,,,sanggul tinggi telah menjadi trend kepada perempuan (segelintir sahaja) tak kiralah pakai tudung ke,free hair ke,pakai shawls ke dan macam2 la…bila ditanya kenapa suka sangat sanggul tinggi2 ni mula la bagi alasan tak nak terlepas dan up-to-date la konon dan macam2 lagi alasan yang diberi…tak sadarkah kita bahawa sanggul tinggi tu haram…???saya ni memang la x alim sangat..

Daripada Abu Hurairah ra beliau meriwayatkan bahawa Rasulullah Saw telah bersabda :

2 golongan yang termasuk dari kalangan ahli neraka yang tak pernah aku lihat iaitu yang pertama mereka yang memegang cemeti
seperti ekor lembu (bentuk cemeti itu seperti ekor lembu yang berbulu-bulu dan berambut-rambut) dan mereka memukul manusia dengan cemeti tersebut.

Yang kedua adalah perempuan memakai pakaian tetapi keadaanya umpama telanjang (ketat), dan perempuan ini berjalan sambil berlenggang lenggok dan sanggol rambutnya (ataupun sekarang ikatan rambutnya) umpama bonggol unta.Dan perempuan yang sebegini keadaanya tidak akan mencium bau syurga. Ketahuilah bau syurga sudah boleh diciumi dari jarak begini dan begini.

* Hadith ini diriwayatkan oleh Imam Muslim,Imam Ahmad,Imam Malik dan selain mereka.Hadith ini adalah hadith sahih.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bentuk pakaiannya adalah ketat (berpakaian tetapi umpama telanjang) yang menunjukkan bentuk tubuh.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw ikatan rambutnya umpama bonggol unta, iaitu sanggulan rambutnya diikat hingga kelihatan seperti bonggol unta (membulat di atas kepala,jelas kelihatan). Kalau kita tengok pada hari ini bukan setakat seperti bonggol unta, tetapi sudah berbagai-bagai bentuk dengan sangul, ikatan dan toncang.

Malah yang memakai tudung pun masih kelihatan bentuk sanggulan rambutnya yang berada di bawah tudung itu,maka tujuan untuk memakai tudung tidak tercapai. Sewajibnya, tudung itu mestilah sempurna sifatnya yang menudung rambut dan bentuk rambut.

Dinyatakan oleh Rasulullah Saw bahawa cara berjalanya adalah berlenggang lenggok menggoyangkan pinggulnya. Hari ini bukan sahaja berjalan berlenggang lenggok, malah perempuan hari ini menari menggerakkan semua tubuh bukan sahaja pinggul,semua tubuh!

Dan dinyatakan oleh Rasulullah Saw sebagai balasannya, bahawa perempuan sebegini tidak akan mencium bau syurga. Dan bau syurga itu boleh dicium dalam jarak sebegini dan sebegini (perkataan sebegini dan sebegini itu tidak dinyakan berapa jaraknya, tetapi ianya ingin menunjukkan bahawa bau syurga sudah pun boleh dicium dari jarak jauh)

So,berubahlah untuk kebaikan…tak salah kan kalau kita nak berubah untuk kebaikan...???setiap manusia takkan lari dari melakukan kesalahan…manusia belajar dari kesalahan dia sendiri….think positive and never think negative..maaf la sekiranya ada yang tersinggung dengan topik saya kali ini…-niat tak menghalalkan cara-

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. wsslm. . trima kaseh utk peringatan bersama. . bila ada insan yg tekesan hatinya dn insaf dgn khilafnya ataz peringatan ini, sesungguhnya amat bertuahlah kerana saudari turut berkongsi hikmah perubahannya. . yakni balasan pahala. .

    ReplyDelete
  3. sama2...harap2 mcam tu la...sy akan sentiasa berdoa semoga Allah SWT membuka pintu hati kalian untuk berubah ke arah kebaikan...Amin...:)

    ReplyDelete