it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Sunday, April 15, 2012

budak2 zaman sekarang (o_O)


Assalamualaikum wbt
      
  Topik kita pada hari ini adalah budak2 zaman sekarang…topik kali ini agak sensitive la sikit…tapi tak apa,sensitive sikit je…lagipun niat saya sekadar nak berkongsi cerita dan nasihat…huhuhu..saya cerita ni pun berdasarkan daripada apa yang terjadi di depan mata saya sendiri dan juga berdasarkan pengalaman saya….saya dapat ilham nak cerita pasal topik ni sebab saya perhatikan budak2 zaman sekarang ni ada macam2 karenah…
      
  Sebagai anak perempuan atau lebih tepat lagi anak dara,,,seeloknya kita duduk je dekat rumah tolong mak apa yang patut,belajar memasak ke apa ke…bukannya round2 kampung or bandar…mungkin korang semua cakap “kolot la belajar memasak…kenapa kalau jadi anak perempuan mesti kena belajar memasak rimas lah,menyampah la dll…”oiii mak cik ! kalau kau xbelajar masak kau tak masak kan?yela,kalau tak belajar memang la xpandai…masalahnya sekarang kalau kau tak pandai masak,,esok2 nanti kau kawen siapa yang nak masak untuk suami dan anak2 kau nanti???nak suruh mak kau???lambat lagi…! Kang tak pasal2 kena tinggal suami baru tahu ! yang tu satu masalah,,,masalah yang lain pula bila dah biasa round2 kampung dengan motor memang dah tak ingat dunia dah..malam2 pun keluar juga…kalah anak teruna..aku yang tengok ni pun sakit mata memandang..tak penat ke korang naik motor berjam2…???tak boring ke round2 kampung ???tak malu ke korang bila orang tengok korang???tak terfikir ke korang semua apa pandangan orang lain terhadap korang???aku pun tak tahu nak cakap apa lagi…ada tu pakai baju kurung,,,cantik la mata memandang…tapi masalahnya dia pergi merempit…Astaghfirullahalazim…apa nak jadi dengan korang ni???yang lain2 tu tak payah cakap la…huh ! penat + tenat !
        
Budak2 zaman sekarang ni pantang ditegur terus melenting tak tentu pasal..lepas tu mula la cakap yang kita ni suka membebel la kalah mak nenek la apa la,macam2 korang ni…diorang tak sedar yang niat kita ni baik,nak suruh diorang jadi orang yang baik dan berguna…ni kecil2 dah pandai lawan cakap orang tua…lepas tu tinggikan suara pula tu…Masya-Allah…apa nak jadi la dengan korang ni…???cuba la hormat sikit orang yang lebih tua dari korang…jaga la perasaan diorang tu..especially your mom n your dad…tanpa mak dan ayah korang,korang tak akan ada kat dunia sekarang ni…ingat lah jasa diorang yang tak pernah kenal erti lelah dan mengaku kalah dalam mendidik kita dan membesarkan kita…ingatlah bahawa syurga dibawah telapak kaki ibu…jangan lah derhaka pada ibu bapa kita…kalau rasa kita ni ada buat salah dengan ibu bapa kita janganlah malu nak minta maaf…kalau ibu bapa kita sakit jaga lah mereka…bantu lah mereka…masa kita kecil2 dulu mereka la menjaga kita ketika kita sakit…
         
Dah habis membebel semua tu sekarang nak membebel pasal rokok pula…hahaha...*mak aih ! xhabis2 membebel kan??rilex la * haaa..cerita pasal rokok ni aku nak tanya korang…apa faedah korang merokok???nak tunjuk macho ke???kalau tu la sebab korang kan,baik xpayah merokok la…bazir duit je…banyak lagi cara korang boleh buat untuk tunjuk macho tu tak semestinya merokok je…sebab nak release tension???hmm,,,nak release tension xperlukan rokok…banyak kan berdoa dan membaca al-Quran la…insyaAllah,hati kita akan tenang…cuba korang bayang yang rokok tu duit…nak hisap rokok tu korang kena bakar yang kt depan tu kan??*tak tahu nama apa..hahaha..faham2 jela* haaa..cuba bayang ketika korang dok nyalakan api nak bakar yang kat depan tu ibarat korang tengah bakar duit korang…huish ! kalau aku la kan,aku tak sanggup nak bakar duit tu..sayang la oii ! ingat senang ke nak dapat duit tu…???sekarang mungkin korang x rasa apa2 sebab korang x cari duit sendiri,minta je dengan mak ke bapak korang ke confirm diorang bagi kan…??maklum lah,kalau tak bagi duit tu korang melenting tak tentu pasal pula…so,berhenti la merokok…dan kepada siapa2 yang nak cuba merokok tu baik lupakan saja niat korang tu…gunakan duit tu untuk sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada korang…
       
 Saya rasa setakat ini sahaja sesi ‘MEMBEBEL’..hahaha…minta maaf banyak2 la andai saya tersasul atau terkasar bahasa dan sebagainya… hmm,okey la semua kalau ikutkan hati memang banyak lagi yang nak dibebelkan…memandangkan masa amat mencemburui saya…saya terpaksa mengundur diri dahulu…sebelum saya mengundur diri di sini ada sedikit nasihat yang ingin saya sampaikan… nasihat saya ialah berubah la untuk kebaikan wahai sahabat2ku…masih belum terlambat untuk kita berubah…saya juga akui bahawa saya juga pernah melakukan kesalahan yang sama…tapi Alhamdulillah,sekarang saya dah sedar akan kesalahan yang telah saya lakukan…sekali lagi maafkan saya andai saya tersalah bicara…sekian,wsalam…

p/s:kepada pembaca: harap korang tak pening baca post saya kali ini…kadang2 guna ganti nama ‘aku’ , kadang2 ‘saya’…hehehe…terima kasih kerana sudi baca post saya walaupun post kali ini tidak seberapa menarik…

No comments:

Post a Comment