it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Saturday, April 14, 2012

10 K dalam persahabatan

Assalamualaikum wbt
         
 Setiap orang dianugerahi ALLAH dengan kelebihan,kebaikan dan keindahan.Begitu juga dengan kekurangan,keburukan dan kelemahan.Begitulah sunnatullah.Begitu indah sekali aturan-NYA.Betapa adilnya DIA menciptakan setiap benda secara seimbang.

Begitu juga halnya dalam persahabatan.Setiap sahabat mempunyai keistimewaan yang telah ditetap ALLAH sejak azali lagi.Ada sahabat yang kasar,tetapi lembut hatinya.Ada sahabat yang nakal,tetapi suka mengambil berat.Ada sahabat yang garang,tetapi sebenarnya penyayang dan pelbagai lagi.Macam-macam ragam yang kita boleh dapati setelah bersahabat dengan seseorang

Pada hari ini saya ingin berkongsi maklumat yang saya peroleh dari bahagian segmen ilmu dalam novel “serasi sehati” karya Nuriz Aida…Menurut segmen ilmu yang terdapat dalam novel tu,,,dalam persahabatan kita memerlukan 10 K iaitu :

Q  KECINTAAN merupakan elemen yang paling penting dalam sesebuah persahabatan.Ikatan sesebuah persahabatan akan mudah rapuh jika tiada kecintaan antara dua insane yang disandarkan kepada si pemilik cinta itu sendiri.Sebab itu,kadang-kadang perlunya kita meluahkan rasa cinta kita terhadap sahabat kita dengan mengungkap , “uhibbuka/uhibbuki fillah” (bagi sahabat yang sama jantina sahaja) agar mereka tahu betapa cintanya kita terhadap mereka kerana ALLAH.
Q  KASIH SAYANG lebih kurang sama sahaja maksudnya dengan kecintaan.Namun,setelah kita mencintai sahabat kita,perlunya kita curahkan segala kasih sayang kitaterhadap mereka.Kadangkala kasih sayang tidak perlu dipamerkan secara luaran.Cukuplah sekadar kita mendoakan untuk sahabat-sahabat kita.Insya-Allah,itu sudah cukup membuktikan betapa sayangnya kita terhadap mereka.
Q  KEIKHLASAN dapat menjamin sesebuah persahabatan mendapat keberkatan dan rahmat daripada ILLAHI.Tidak ikhlas ketika bersahabat dengan seseirang akan mengundang permusuhan anatara sahabat.Bersahabatlah dengan seseorang kerana keluhuran hati budinya,bukan kerana rupa,pangkat atau harta yang dimilikinya.
Q  KESETIAAN terhadap seseorang sahabat mampu memanjangkan tali persahabatan walaupun jarang bertemu.Apabila kita setia terhadap sahabat kita,kita akan diingati oleh mereka sehingga akhir hayat mereka,kerana tidak kira susah atau senang,kita setia berada di sisinya memberi sokongan.
Q  KEBERANIAN untuk berkata benar.Dalam persahabatan juga,kita hendaklah berani apabila ingin mengatakan sesuatu.Lebih-lebih lagi jika kita telah melakukan sesuatu yang menyakiti hatinya,kita kena berani mengaku padanya atas kesilapan yang dilakukan.Selain itu,berani juga dalam menasihati sahabat demi kebaikan mereka.
Q  KEJUJURAN juga perlu dalam persahabatan.Jangan sesekali menipu atau menyembunyikan apa-apa daripada pengetahuan sahabat kita.Mereka juga perlu tahu apa yang kita lalui dalam kehidupan kita.Jangan berahsia,melainkan pada perkara yang benar-benar perlu dirahsiakan.
Q  KEMAAFAN.Sekiranya sahabat kita pernah melakukansebarang kesilapan,bersedialah untuk memaafkannya.Tidak kira sebesar manapun kesalahan mereka terhadap kita kerana sahabat yang baik adalah sahabat yang bersedia untuk memaafkan sahabatnya.Jika kita yang bersalah,janganlah malu untuk meminta maaf daripada mereka kerana orang yang dahulu meminta maaf adalah orang yang hebat.
Q  KESEDIHAN.Apabila kita sedar bahawa sahabat kita sedang bersedih,maka ikutlah rasa sedih bersama-sama dengan mereka.Tawarkanlah bahu kita untuk dijadikan tadahan air mata mereka.Kerana tiada siapa yang akan mereka cari selain kita,sahabat mereka.
Q  KEGEMBIRAAN.Jika kita gembira,maka marilah berkongsi kegembiraan itu bersama sahabat-sahabat tercinta.Tidak mahukah kita bergelak tawa dengan senyuman indah di raut wajah mereka?Kegembiraan kita,kegembiraan mereka jua.
Q  KESERASIAN di sini bukanlah bermaksud, “kau cantik,aku mesti cantik,” “kau kaya,aku pun kena kaya”.Tidak sama sekali.Sememangnya manusia dijadikan oleh Allah berbeza-beza.Namun,dalam persahabatan keserasian dapat diwujudkan apabila terbinanya persefahaman antara dua pihak.Apabila ada persefahaman,barulah hubungan kita dengan sahabat akan menjadi lebih baik dan akan berkurangan pergaduhan disebabkan salah faham.



4 comments:

  1. hmm from all your latest update history, i can see that u mcm tgh mengkaji aspek literature dlm novel Serasi Sehati macam mengkaji sukatan literature utk matapelajarn BM or BI. . hush, dahsyat dari ms 1 to the end, ada review. .

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebih kurang macam tu la...haha...saya tertarik untuk baca segmen ilmu dia...kan cikgu selalu pesan 'baca buku biarlah dari kulit ke kulit'...daripada segmen ilmu kat novel tu juga kita dapat tambah pengetahuan kita...:D

      Delete
    2. yup, so aplikasikn utuk smua subjek k. . jgn kat novel je !

      Delete