it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, April 13, 2012

baru kenal dah ajak coulpe???GILA ke apa???!!!!


Assalamualaikum wbt
                 
Al-kisahnya berlaku kepada diri saya sendiri petang semalam…semasa saya online facebook,tiba2 ada seorang friend saya menegur saya…*nama dia tu biarlah menjadi rahsia*…nak boleh dijadikan ceritanya,,mula2 minta nak kenal…saya cakap okay jela sebab apa salahnya nak kenal2 kan…???bukannya dia minta nak couple ke apa ke….sambil2 tu boleh la saya tambah kenalan saya…

           
     Mula2 tu memang la dia nak berkawan…tapi entah ribut apa yang melanda *mungkin kepala dia dah masuk air kot*tiba2 je dia minta couple…siapa yang tak terkejut…???kalau dia cakap macam tu kat anak gajah pun anak gajah lari…hahaha…*khayalan je pasal anak gajah tu*…mana taknya tak sampai 24 jam pun kenal dah minta couple…gila ke apa???!!!saya kenal dia gitu2 je…kawan yang dah bertahun2 kenal ajak couple pun saya tolak ini kan pula yang baru kenal tak sampai satu hari pun..mesti la saya REJECT!

              
  Dia ni degil tahu tak???dah banyak kali saya cakap tak nak tapi dia tetap paksa juga…ada ke patut dia panggil saya ‘mama’ ???saya rasa lelaki ni dah sewel kot…saya bukan MAMA dia…sejak bila pula saya melahirkan dia,,,kawen pun belum lagi…ish3..apa nak jadi lah budak lelaki ni…kesian kat mak dia…susah2 mak dia yang mengandungkan dan melahirkan dia,,,tapi orang lain juga yang dia panggil ‘MAMA’…

              
  Selepas saya halang dia panggil saya dengan panggilan ‘MAMA’ tu,,dia panggil saya ‘SAYANG’ pula dah ! haish ! susah betul budak lelaki nak faham…saya cakap la dia macam ni ‘ada baiknya awak simpan panggilan “SAYANG” yang awak beri kepada saya itu for your future wife,,,kesian kat dia kalau awak selalu panggil awek2  awak tu dengan panggilan tu…panggilan tu dah jadi basi la awak’ huh ! ingatkan dah lembut hati lelaki ni…tapi still same la…saya dah tak tahu dah nak buat macam mana lagi dengan lelaki ni…

               
 Akhirnya saya dapat satu idea nak kenakan dia,,,hihihi…*idea jahat datang kembali*…dah lama dah tak guna idea ni…hmm,,,saya mengaku saya dah kawen 5 tahun yang lepas,,umur saya dah 28 tahun…saya ada 3 orang anak dan insyaAllah bulan 9 ni saya akan dapat anak ke-4  & ke-5 (kembar)..nama anak saya airysha,adriana dan danial..nama husband pula iskandar yang digelar 'abang is' *semua nama tu terdapat dalam novel dan nama2 tu juga la yang saya suka...dalam lakonan saya,,saya ada adik yang bernama 'far' dan seorang abang iaitu abang am..tak pasal2 jadi pelakon... hahaha…kejam betul idea ni ! kejam tak kejam pun nak buat macam mana dah terdesak... *Sebenarnya idea ni datang dari kawan saya iaitu cik Nurul Farhanah Zakaria…THANKS A LOT ep ! * selepas tahu saya ni isteri orang,,dia tak ganggu dah…huh ! lega rasa..tak sangka pula saya boleh jadi isteri + mak orang dalam sekelip mata...hahaha...*gelak sampai tergolek*

 Korang tak payah la pelik bila tengok kat wall saya yang saya dah mengaku saya dah kawen dan dh ada anak...tu semua cara2 nak mengelak dari diganggu oleh kaum lelaki yang suka menyibuk...kalau siapa2 yang nak guna idea ni juga guna la...tak salah menipu untuk menyelamatkan diri..hahaha...saya tak kisah pun kalau ada orang anggap saya tua...asalkan saya BAHAGIA ! :-p

p/s:maafkan saya sekiranya bahasa yang gunakan tu agak kasar..minta maaf banyak2 ep wahai kaum lelaki dan kepada sesiapa yang pernah terkena dengan saya...hihihi...saya kan nakal...???sebab tu la kawan saya panggil saya miss mischievous girl..harap korang semua tak berkecil hati la dengan saya ni...

No comments:

Post a Comment