it's better to hurt me with the truth , but NEVER comfort me with a LIE !~

Friday, April 27, 2012

upah haji atau upah haji badal


Assalamualaikum wbt

        Pada hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang upah haji atau upah haji badal.saya peroleh info ni dari novel ‘akhirnya aku kahwin! By Herna Diana…haa..siapa cakap baca novel tak ada faedahnya???tu faedahnya…masa baca novel ni saya tertanya2 juga apa itu upah haji…lepas tu saya tengok la dekat segmen ilmu…barulah saya tahu apa itu upah haji….so,balik kepada topik saya tadi…

Upah Haji Atau Upah Haji Badal

                Erti upah haji ialah mengupah seorang yang telahpun menunaikan ibadah haji dirinya sendiri,untuk melakukan haji untuk orang lain pula.Orang lain itu sama ada telah meninggal dunia atau sakit yang tiada harapan sembuh menyebabkan orang lain itu tidak mampu kesihatan untuk ke Tanah Suci.Haji untuk orang lain seperti ini dinamakan Haji Badal.’Badal” bermakna ‘ganti’ atau ‘alternatif’.

Hukum Haji Badal

                Islam membolehkan seseorang yang telah pun mengerjakan ibadah haji dirinya sendiri untuk mengerjakan haji bagi pihak orang lain yang telah meninggal dunia atau orang yang masih hidup tetapi tidak berkuasa ke Tanah Suci kerana telah uzur.

                Dari Ibnu Abbas berkata bahawa seorang wanita dari Kabilah Juhainah bertemu Nabi s.a.w dan berkata, “Sesungguhnya ibuku bernazar untuk mengerjakan haji tetapi dia belum mengerjakannya sehingga dia meninggal dunia.Adakah boleh saya mengerjakan Haji tersebut untuknya?”

                Nabi s.a.w menjawab,”Kerjakanlah haji tersebut bagi pihaknya.Jika ibumu berhutang dengan seseorang,adakah kamu wajib melunaskan hutang tersebut?Maka tunaikanlah hal ALLAH (iaitu haji) kerana ia lebih patut dilunaskan.” (Hadis diriwayatkan oleh Al-Bukhari).

                Seorang wanita bertanya Nabi s.a.w tentang ayahnya yang meninggal dunia dalam keadaan belum mengerjakan haji.Nabi s.a.w berkata kepada wanita tersebut ,”Kerjakanlah haji bagi pihak ayahmu.” (Hadis riwayat An-Nasaie)

                Berdasarkan hadis-hadis di atas jelas menunjukkan bahawa boleh mngerjakan haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia walaupun tidak diwasiatkan olehnya untuk berbuat demikian.Nabi s.a.w juga membuat perbandingan dimana melunaskan haji yang belum dikerjakan adalah seperti melunaskan hutang yang belum dibayar oleh seseorang yang meninggal dunia.

Syarat-syarat wakil atau orang mengambil upah haji.

                Syarat-syarat untuk menjadi wakil atau mengambil upah menunaikan haji orang lain ialah :
Q  Orang itu telah pun menunaikan fardhu haji untuk dirinya sendiri dengan sempurna.Sebagaimana yang disebut dalam hadis berikut :

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w mendengar seorang lelaki berkata ketika mengerjakan haji.”Aku sahut seruan mengerjakan haji menggantikan Syubrumah.”Lalu Rasulullah s.a.w bertanya kepadanya.”Sudahkah engkau mengerjakan haji untuk diri engkau sendiri?”Jawab lelaki itu, “Belum.”Rasulullah s.a.w berkata kepadanya, “Kalau begitu hendaklah engkau kerjakan haji untuk diri sendiri dahulu,kemudian engkau kerjakan haji untuk Syubrumah pula.”(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)

Q  Hendaklah melakukan fardhu haji untuk seorang sahaja bagi satu musim haji

Q  Mestilah berihram pada miqat orang yang dihajikan itu pada tempat yang sama jauhnya dengan miqat itu.Jika ditentukan kepadanya,maka hendaklah dia berihram pada sesuatu miqat yang ditentukan,jika tidak ditentukan maka haruslah bagi orang yang mengambil upah iyu berihram pada miqat yang dilaluinya.Bagi orang yang berada di Makkah yang mengambil upah haji,maka wajiblah dia keluar daripada miqat yang dihajikannya,atau boleh juga pada mana-mana miqat yang lebih hampir kepadanya.Jika dia berihram daripada miqatnya (di Makkah) nescaya berdosa dan wajib atasnya dam.

Q  Hendaklah seorang yang cukup mahir bagi mengerjakan ibadat haji itu dengan sempurnanya,seperti dia mengerjakan haji untuk dirinya sendiri.

Pahala Haji Badal

                Apabila Haji Badal dikerjakan dengan sempurna,kesemua pihakyang terlibat dalam perlaksanaannya mendapat ganjaran pahala daripada ALLAH S.W.T.

                Dari Ibn Abbas r.a berkata ,”Sesiapa yang mengerjakan Haji bagi pihak orang yang telah meninggal dunia,ditulis bagi orang yang telah meninggal dunia itu satu haji dan orang yang mengerjakan haji tersbut mendapat tujuh haji.”
               
                Dalam satu riwayat lain,”Dan bagi orang yang mengerjakan haji tersbut akan terselamat dari api neraka.”(Hadis diriwayatkan oleh Abu Zar)

                Dari Al-Fadl bin Abbas bahawa dia pernah menunggang bersama Rasulullah s.a.w lalu datang seorang lelaki bertanya, “Ya Rasulullah s.a.w ,sesungguhnya ibuku terlalu tua.Jika aku mengangkatnya secara tanggung,dia tidak boleh memegang kuat.Jika aku mengikatnya aku khuatir boleh membinasakannya lalu meninggal dunia.”

                Sabda Rasulullah s.a.w ,”Jika ibumu berhutang dengan seseorang,tidakkah engkau yang akan melunaskannya?”Dia berkata ,”Ya.” Sabda Nabi s.a.w lagi,”Kamu kerjakanlah haji bagi pihak ibumu.”

                Berdasarkan dalil di atas,jelas menunjukkan bahawa dibolehkan seseorang mengerjakan haji bagi pihak seseorang yang lain yang masih hidup tetapi tidak berkuasa mengerjakannya untuk dirinya sendiri.

                Berdasarkan hadis-hadis di atas menunjukkan wajib mengerjakan haji ke atas orang yang tidak berkuasa sekiranya dia berkemampuan dari segi harta dan ada anak atau orang lain yang boleh mengerjakan haji tersebut bagi pihaknya.

Pahala anak yang mengerjakan haji untuk kedua-dua orang tuanya

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak kedua-dua ibu bapanya,atau melunaskan hutang mereka maka dia akan dibangkitkan di hari kiamat bersama dengan Al-Abrar (orang-orang yang dekat dengan ALLAH S.W.T).”

                Dari Jabir bahawa Rasulullah s.a.w bersabda , “sesiapa yang mengerjakan haji bagi pihak ayahnya atau ibunya maka dia telah menyempurnakan hajinya dan mendapat pahala sepuluh haji.”

                Dari Zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seorang lelaki itu mengerjakan haji untuk kedua- dua ibu bapanya maka akan diterima ibadah haji tersebut daripada dia dan daripada kedua-dua ibu bapanya serta disampaikan berita gembira kepada roh-roh ibu bapanya dan ditulis di sisi ALLAH sebagai satu kebajikan.”

                Hadis ini bermaksud anak tersebut mengerjakan haji sebanyak dua kali,sekali untuk ayahnya dan sekali untuk ibunya maka dia dapat melunaskan kewajipan haji ibu dan bapanya serta dia mendapat pahala dari ibadah hajinya itu.

No comments:

Post a Comment